

Untuk pengetahuan, semakan keputusan UPU akan mula boleh disemak tidak lama lagi. Semakan keputusan UPU akan mula boleh dibuat apabila ia dibuka nanti melalui laman rasmi UPU. Kami ada menerima beberapa pertanyaan dari pelawat berkaitan UPU dan matrikulasi, oleh itu maklumat dibawah mungkin berguna untuk kita bersama :
Boleh sya tanya,bila keputusan permohonan UPU dikeluarkan ? ada yg mengatakan pada tarikh harini iaitu 14 april 2015 ? sila balas pada email saya
Jawapan : Untuk pengetahuan, menurut laman rasmi UPU, masih belum ada lagi tarikh rasmi keputusan UPU dikeluarkan. Walaubagaimanapun, keputusan UPU akan dikeluarkan pada minggu pertama bulan mei tahun 2015.
Salam Tuan admin. Saya diterima masuk matrikulasi, adakah peluang saya ke IPTA akan ditutup selepas ini?
Jawapan : tidak, bagi yang telah berjaya diterima ke matrikulasi, anda masih ditawarkan juga tempat di IPTA/ Politeknik premier/ Konvensional/ METro/ Kolej Komuniti & ILKA yang anda mohon menerusi UPU sebelum ini. Oleh demikian, anda boleh memilih pengajian yang ingin anda terima nanti.
Diharapkan maklumat diatas dapat membantu memberikan informasi kepada anda bekenaan gambaran tarikh keputusan UPU dan juga pilihan diterima matrikulasi.
Salam admin, jikalau saya menerima tawaran matrikulasi, apakah saya boleh mendapat tawaran ke ipta
salam..cuba baca sini sy dah tulis tentang ni https://www.xpresi.org/semakan-keputusan-upu-dan-panggilan-matrikulasi-2015/
Salam,jika tahun ini saya tidak sambung belajar tetapi pada tahun hadapan saya memohoh STPM,adakah masih boleh
Salam, sambung belajar sepenuh masa ke? kalau dah ambil diploma dah xleh ambil STPM..kne pilih satu2..