Semakan Maktab Perguruan PISMP Lulusan UEC dan SMA/U 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Semakan Maktab Perguruan PISMP Lulusan UEC dan SMA/U 2012 1
Semakan PISMP

Sebelum itu, untuk pengetahuan PISMP ini dahulu juga dikenali sebagai Maktab perguruan, Maktab perguruan sebenarnya adalah satu institusi dan bukannya pengajian. Sekiranya ia dinamakan sebagai KPLSPM atau PISMP barulah ia dikatakan pengajian. Selepas panggilan maktab, timbul pula panggilan KPLSPM iaitu kursus Perguruan Lepasan SPM, tetapi kini ia lebih dikenali sebagai Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian PISMP. Nama PISMP menunjukkan tahap pengajian itu sendiri iaitu Ijazah Sarjana Muda dan bukan seperti sebelum ini yang dinamakan sebagai kursus sahaja walhal menjalankan pengajian setaraf dengan Ijazah.

Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

Untuk hari ini, ingin memaklumkan bahawa semakan bagi calon yang telah memohon PISMP bagi lulusan UEC atau SMA/SMU akan dibuka tidak lama lagi iaitu pada 16 Mei 2012. Oleh demikian, bagi calon yang telah membuat permohonan yang memenuhi syarat seperti yang dinyatakan sebelum ini bolehlah membuat semakan panggilan temuduga menerusi portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia atau Sistem semakan Temuduga PISMP .

Calon lepasan UEC dan SMU/SMA ini adalah ambilan khas yang kebanyakannya bagi memenuhi keperluan guru yang mengajar bahasa cina, agama islam di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran. Semoga Berjaya.

One thought on “Semakan Maktab Perguruan PISMP Lulusan UEC dan SMA/U 2012

Leave a Reply to Shahrul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *