

Untuk pengetahuan, semakan online Matrikulasi telah dibuka, bagi yang memohon matrikulasi sebelum ini, bolehlah mula membuat semakan secara online di Laman rasmi KPM atau aplikasi yang disediakan.
Untuk membuat semakan online anda boleh masukkan no Kad pengenalan masing-masing di
Semakan SMS Matrikulasi Sesi 2014/ 2015
Semakan SMS juga disediakan dengan menaip :
SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Tarikh Pendaftaran Matrikulasi Sesi 2014/ 2015
Tarikh pendaftaran Matrikulasi sesi 2014/ 2015 akan diadakan pada ketetapan berikut iaitu Kolej Matrikulasi Labuan dan Perlis (19 Mei 2014); Kolej Matrikulasi Sarawak, Kedah dan Kelantan (25 Mei 2014) dan Kolej Matrikulasi lain di seluruh Semenanjung pada 26 Mei 2014.
Rayuan Program Matrikulasi 2014/ 2015
Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang http://www.moe.gov.my pada tarikh semakan matrikulasi dibuka. Rayuan boleh dikemukakan terus menerusi laman sesawang KPM mulai 24 April 2014 hingga 8 Mei 2014. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup pada 8 Mei 2014 tidak akan dipertimbangkan.
Untuk calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2014/2015 :
- Calon dikehendaki membawa bersama surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen maklumat pelajar serta borang perjanjian pelajar (dua salinan).