

Bagi yang sebelum ini tidak berjaya ke tingkatan 6, Rayuan telah dibuka dan semakan online keputusan rayuan tingkatan 6 telahpun mula boleh disemak. Tingkatan 6 merupakan salah satu pilihan bijak dan altenatif lain untuk melayakkan diri mengambil ijazah sarjana muda selain dari mengikuti matrikulasi dan diploma. Telah banyak pertanyaan dan topik bekenaan kebaikan dan keburukan tingkatan 6 ini dibincangkan, sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat terperinci bolehlah gunakan kemudahan carian di blog kami ini.
Semakan Online Rayuan Tingkatan 6
Untuk membuat rayuan secara online, anda perlulah ke aplikasi semakan rayuan tingkatan 6 di http://apps5.moe.gov.my/sst6/keputusanrayuan2014/ sila masukkan no kad pengenalan masing-masing untuk membuat semakan.
Perlu diingatkan, Setelah keputusan rayuan diperolehi, sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan. Sekiranya anda bersetuju dengan tawaran, anda perlu mencetak segera surat tawaran dan membawa surat tawaran semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 24 Jun 2014.
Sekiranya rayuan anda Berjaya, ingatlah anda masih diberi peluang untuk Berjaya, gunakan peluang yang ada untuk merialisasikan impian ke Universiti anda nanti. Kepada yang tidak Berjaya, janganlah cepat berputus asa, masih banyak peluang untuk anda jika ingin Berjaya, Cuma ia memerlukan usaha yang lebih serta kejujuran dalam berusaha.