Semakan Panggilan Temuduga ( Program Pendidikan ) 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Semakan Panggilan Temuduga ( Program Pendidikan ) 2012 1
UPU

Informasi ringkas ini bagi pemohon yang telah memohon Program-program pendidikan  di IPTA seluruh Malaysia melalui UPU sebelum ini. Semakan ini adalah bagi lepasan STPM/ Matrikulasi ataupun setaraf dengannya yang mana sebelum ini telah memohon ke Ijazah Sarjana Muda ( Pendidikan ) dimana-mana pilihan universiti di Malaysia.

  • Lepasan STPM 2011, Matrikulasi, Asasi, Diploma, STAM dan setaraf lain
  • Memohon Ijazah Sarjana Muda ( pendidikan ) di UPU Online

Semakan yang dibuka adalah bagi menyatakan panggilan temuduga serta lokasi dan waktu temuduga yang perlu dihadiri oleh pemohon. Semakan temuduga ini akan dikeluarkan kepada sesiapa yang layak untuk ditemuduga selepas ditapis sebelum ini melalui kelayakan STPM/ Matrikulasi setaraf yang lain.

Info Tambahan :  Industri Halal: 8 Universiti dan Kolej Tawaran

Untuk membuat semakan temuduga boleh terus ke portal rasmi UPU atau melalui Pautan Yang disediakan SINI.

Sila masukkan no kad pengenalan dan kategori masing-masing samaada lepasan STPM 2011, Matrikulasi, asasi UM, UITM, Diploma, STAM.

Temuduga merupakan salah satu tapisan untuk melayakkan diri untuk mendapat bidang pendidikan. Pastikan datang awal serta mempunyai cukup informasi pendidikan serta pengetahuan am dalam menghadapi temuduga. Pastikan juga apabila dalam berkomunikasi semasa temuduga mempunyai suara yang jelas, dan berkeyakinan tinggi. Jangan pula lupa untuk meminta maaf sekiranya maklumat yang ditanya anda tidak dapat menyediakan jawapan yang tepat. Selamat Berjaya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top