Semakan Panggilan Ujian MEdSI Lepasan STPM 2014

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Semakan Panggilan Ujian MEdSI Lepasan STPM 2014 1
UPSI

Satu semakan online panggilan Ujian MEdSI dibuka bagi individu yang memohon kursus pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI telah dibuka. Semakan panggilan ini adalah bagi lepasan STPM/ setaraf yang ada memohon kursus pendidikan di UPSI ( Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ) pada pemohonan UPU baru-baru ini.

MedSI ialah singkatan kepada (Malaysian Educators Selection Inventory). Instrumen MEdSI telah dibangunkan untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pengajian pendidikan di IPTA.

Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Semakan Panggilan Ujian MEdSI :

Semakan panggilan ujian MEdSI boleh dibuat mulai 18 Mei 2014, Untuk membuat semakan, calon boleh terus ke :

http://akademik.upsi.edu.my/medsi/medsi.html

Sila masukkan no kad pengenalan masing-masing, untuk mendapat butiran lanjut tarikh, masa dan tempat ujian perlu merujuk Slip Menghadiri Ujian Medsi yang boleh dimuat turun melalui aplikasi yang dinyatakan diatas sekiranya anda dipanggil ujian.

Format Ujian MEdSI

Menurut sumber , format ujian MEdSI adalah seperti berikut :

  • Mengandungi 300 item
  • Mempunyai  4 bahagian
  • Bhg 1 : Personaliti 110 item
  • Bhg 2 : Minat kerjaya 60 item
  • Bhg 3 : Nilai intergriti 70 item
  • Bhg 4 : Kecedrasan emosi 60 item
  • Medsi adalah berbentuk aneka pilihan
Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

Diharapkan anda bersedia untuk mengikuti ujian yang dibuat, mungkin anda boleh bertanya kepada mereka yang pernah menjalani ujian MEdSI bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas soalan dan tips. Semoga Berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *