Semakan Panggilan Ujian MEdSI Program Pendidikan 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Ujian medsi

Semakan panggilan ujian MEdSI program pendidikan sudah boleh dilakukan bermula 31 MEI 2021 (Isnin) selepas jam 5 petang. Justeru itu, bagi calon lepasan STPM/ setaraf boleh membuat semakan panggilan ujian MEdSI program pendidikan ini. Panggilan Ujian MEdSI program pendidikan ini adalah khas bagi lepasan STPM/ setaraf sesi akademik 2021/ 2022.

Ujian Malaysia Educators Selection Inventory atau dikenali sebagai Ujian MEdSI adalah satu ujian untuk menilai samada calon layak untuk mengikuti kursus perguruan atau tidak. Ujian ini adalah bagi memastikan calon yang memohon betul-betul berminat untuk menjadi seorang pendidik dan emmpunyai kebolehan untuk mengajar. Justeru itu, bagi calon yang ada memohon bidang pendidikan di dalam pemilihan UPU anda akan dipanggil untuk menduduki ujian MEdSI ini.

Ujian Medsi


Antara syarat kelayakan untuk menduduki Ujian ini adalah:-

  • Lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma, STAM dan setaraf yang layak
  • Pemohon yang memenuhi syarat Am dan syarat Khas Program Pendidikan di IPTA sahaja yang akan dipanggil untuk menduduki ujian MEdSI ini

TAHUKAH ANDA!!!

MEdSI digubal oleh jawatankuasa pembinaan sekumpulan pakar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam. Justeru itu, bukan mudah untuk anda melepasi Ujian ini.

Info Tambahan :  10 Industri Masa Hadapan di Malaysia yang Patut Diketahui

Terdapat 4 komponen soalan di dalam Ujian MEdSI ini. 4 komponen tersebut adalah seperti :-

  • Personaliti : 110 soalan
  • Minat kerjaya : 60 soalan
  • Nilai intergriti : 70 soalan
  • Kecerdasan emosi : 60 soalan

Jumlah soalan di dalam Ujian MEdSI adalah sebanyak 300 soalan/ jam. Soalan personaliti kelihatan lebih banyak berbanding soalan yang lain. Hal ini disebabkan, para penilai mahu melihat personaliti seseorang itu bersesuaian atau TIDAK untuk menjadi seorang Pendidik. 

PERINGATAN!!!

Semasa menjalani Ujian ini, anda perlu peka akan soalan yang diberikan hal ini disebabkan kebanyakan soalan Ujian ini adalah berulang-ulang. Justeru itu, PASTIKAN soalan yang dijawab adalah sama bagi memastikan kepekaan dan kejujuran anda dalam menjawab soalan.

Semakan Panggilan Ujian MEdSI Program Pendidikan 2021

Ujian Medsi
Kredit Gambar kepada JPT & KPT

Anda boleh melakukan semakan panggilan Ujian MEdSI Program Pendidikan 2021 ini menerusi Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Tinggi https://www.upsi.edu.my/kemasukan/temudug/

Ujian akan bermula pada 8 JUN 2021 sehingga 20 JUN 2021. Justeru itu, anda mempunyai masa seminggu selepas daripada tarikh pengumuman semakan panggilan Ujian MEdSI Program Pendidikan ini.

***PERINGATAN BUAT CALON, CALON PERLU MENGIKUTI TARIKH DAN MASA YANG TELAH DITETAPKAN***

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:-
Telefon : 013-415 3016 (talian Hotline)
Email : [email protected] 

INFO TAMBAHAN!!!

Semakan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk calon yang memohon program pendidikan di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UPSI, UiTM, UMS, UIAM, UTHM dan USIM.

Nama tempat untuk menduduki Ujian ini adalah ditetapkan oleh calon itu sendiri semasa mengisi permohonan secarra online. Bayaran TIDAK akan DIKENAKAN semasa menduduki Ujian. Ujian ini hanya sah untuk sekali menduduki sahaja. Ujian MEdSI hanya untuk calon yang memohon program pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika memohon secara online. 

Info Tambahan :  Jurusan Universiti Di Malaysia: 10 Tips Penting

Tips Menjawab Soalan Ujian MEdSI Program Pendidikan 2021

Ujian medsi

Tips dalam menjawab soalan Ujian MEdSI :-

1) Calon perlu set dalam minda bahawa anda adalah pendidik kerana dengan itu anda akan menjawab soalan dengan penuh kepekaan

2) Menjawab soalan secara realistik dan BUKAN mengikut emosi

3) Dalam menjawab soalan berkenaan dengan persetujuan, DISARANKAN anda menjawab sangat tidak setuju atau sangat setuju.

Antara soalan didalam Ujian ini adalah:-

  • Adakah guru BOLEH bercinta dengan pelajar atau tidak
  • Sesekali guru boleh pulang awal atau TIDAK tanpa alasan yang munasabah
  • Adakah guru boleh melakukan hukuman kepada pelajar tanpa melakuakn siasatan dahulu

Solaan seperi ini memerlukan calon menjawab dengan penuh ketegasan. Justeru itu, persetujuan yang perlu diberikan mampu memperlihatkan tahap ketegasan anda dalam membuat keputusan. Disebabkan oleh itu, amatlah disarankan anda untuk memberi jawapan yang tegas semasa memberi jawapan. Jawapan itu menunjukkan cara anda dalam ketegasan dalam membuat keputusan.

Guru adalah golongan yang penting dalam mendidik anak bangsa. Tanpa guru siapalah kita dan tiadalah PERDANA MENTERI yang gah di mata dunia. Maka, hormatilah dan sayangilah guru anda. Hormati mereka seperti mana anda menghormati ibu bapa anda sendiri. Hal ini disebabkan, guru merupakan penjaga anda semasa anda berada di sekolah.

***SELAMAT MENJAWAB UJIAN MEDSI 2021 DAN SELAMAT MAJU JAYA***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *