Untuk makluman, berita baik kepada lepasan STPM/Matrikulasi setaraf yang sebelum ini tidak mendapat tempat di IPTA. Kemungkinan anda akan diterima untuk ke IPTA seluruh negara mengikut pengajian yang ditawarkan. Menurut maklumat kami sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi ada menyatakan berita baik ini menerusi Akhbar dan media massa kini tentang lepasan STPM dan Matrikulasi yang memohon bagi sesi akademik 2012/2013 di IPTA yang mendapat CGPA 2.8 keatas akan dipertimbang serta diterima dalam kemasukan ke Institusi pengajian Tinggi. Tawaran akan diberikan dengan syarat bakal mahasiswa tersebut tidak memilih bidang pengajian yang ditawarkan nanti.
Semakan Online Keputusan Peluang Bagi Keputusan 2.8 Keatas.
Untuk makluman, hari ini iaitu 10/8/2012 akan dibuka semakan untuk mereka yang berkaitan. Semakan hari ini akan memaklumkan IPTA mana dan pengajian apa yang ditawarkan kepada bakal mahasiswa nanti. Semakan boleh dibuat selepas jam 12 tengah hari hari ini menerusi laman rasmi UPU iaitu upu.mohe.gov.my .
Peluang yang diberikan
Untuk semakan hari ini, mungkin ada yang dapat apa yang diinginkan, mungkin juga ada yang tidak minat dengan pengajian yang ditawarkan. Fikirkanlah dengan sebaiknya, jika kebetulan pengajian yang diminati, bersyukurlah. Jika kurang minat, tetapi masih boleh dipupuk, cubalah mencari informasi bekenaannya termasuk yang menarik tentang kursus itu mungkin mampu memupuk minat anda. Jika tak minat langsung? Itu susah nak jawab, tepuk dada tanya selera, tapi jangan pulak dah berselera, bimbang batal puasa.