Semakan Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam

0
230

Tahukah anda, bukan semua kelayakan anda seperti Sijil/ Diploma, Ijazah di iktiraf. Anda perlu membuat semakan pengiktirafan kelayakan sebelum memohon pekerjaan, tetapi mungkin juga kelayakan anda itu tidak dapat diterima untuk memohon ke sektor perkhidmatan awam. Bagi yang tidak berhasrat memohon ke sektor perkhidmatan awam memang tidak ada masalah, tetapi bagi yang ingin memohon perlulah membuat semakan pengiktirafan yang ada.

Semakan Pengiktirafan Kelayakan
Semakan Pengiktirafan Kelayakan

Kelayakan yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf adalah menjadi salah satu syarat utama untuk pelantikan dalam Perkhidmatan Awam sebagaimana yang dinyatakan dalam skim-skim perkhidmatan. Perkara 17 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 ada menyatakan:

“Jika ada keraguan dalam mana-mana skim perkhidmatan atau iklan kekosongan tentang maksud kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan bidang yang dikehendaki dalam skim perkhidmatan, perkara itu hendaklah dirujuk kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk penentuan.”

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2002 bertajuk “Senarai Kelayakan yang Diiktiraf oleh Kerajaan Yang Perlu Digunakan Dalam Urusan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam”. Pekeliling berkenaan memaklumkan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) perlu menyemak status pengiktirafan kelayakan calon-calon dalam urusan pelantikan ke jawatan-jawatan dalam Perkhidmatan Awam seperti yang disyaratkan dalam skim-skim perkhidmatan.

Bagaimana membuat semakan pengiktirafan kelayakan ?

Kebiasaanya anda akan dituntut membuat semakan pengiktirafan kelayakan secara online terlebih dahulu sebelum anda memohon pekerjaan yang melibatkan sektor awam. Ada permohonan yang menuntut anda membawa slip pengiktirafan kelayakan bagi kelayakan anda semasa temuduga.

Untuk membuat semakan pengiktirafan kelayakan, anda boleh menyemak secara online di Laman Rasmi Pengiktirafan dari KPT ( Maklumat Lanjut )

Semakan Pengiktirafan kelayakan
Semakan Pengiktirafan kelayakan

Dari paparan web, anda perlu memasukkan negara dan institusi/ sijil pengajian anda. Klik pada butang semak untuk membuat semakan, sistem akan menyenaraikan kelayakan yang telah mendapat pengiktirafan.

Cetak pengiktirafan
Cetak pengiktirafan

Melalui senarai yang ada, anda perlu memilih kelayakan anda dan klik perincian. Paparan yang keluar merupakan data lengkap kelayakan anda itu dan butang cetak disediakan untuk cetakan anda kemungkinan sebagai syarat menghadari temuduga.

Melalui sistem yang ada ini, mampu memberi kemudahan kepada urusan menyelaraskan kelayakan perkhidmatan awam serta mengelakkan masalah kelayakan yang tidak diiktiraf.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :