Semakan Penyata Baki PTPTN Terkini

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Semakan  Penyata Baki PTPTN Terkini
Semakan Penyata Baki PTPTN Terkini

Nama PTPTN bukanlah asing bagi pelajar pengajian tinggi. Penyata Baki PTPTN Terkini perlu diketahui supaya pelajar mudah merancang kewangan masa depan dan membuat pengiraan bayaran balik serta menyemak bayaran-bayaran sebelum ini. Untuk pengetahuan, penyata baki PTPTN boleh disemak secara online melalui laman rasmi PTPTN. Anda hanya perlu memasukkan no kad pengenalan dan membuat pendaftaran pertama sistem untuk menggunakan sistem penyata gaji PTPTN. Sebelum kami terangkan lebih lanjut bagaimana membuat semakan online penyata baki PTPTN terlebih dahulu kami senaraikan kenapa anda perlu sentiasa menyemak baki PTPTN anda.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut Cara Memohon PTPTN sila rujuk Artikel kami sebelum ini

Kenapa Perlu semak penyata baki PTPTN

Sesetengah orang beranggapan tidak penting membuat semakan penyata baki PTPTN, mungkin beranggapan ia tidak menyelesaikan masalah bayaran balik, namun demikian mungkin dibawah adalah alasan kukuh kenapa anda perlu membuat semakan baki PTPTN anda :

  • Merancang kewangan
  • Mengetahui proses bayaran balik
  • Mengetahui berapa kadar ujrah dan kadar insuran yang dikenakan
  • Mengetahui berapa jumlah sekiranya ingin membuat bayaran sekaligus
  • Mengetahui berapa potongan gaji yang dibuat ( jika secara potongan gaji )
  • Mengetahui jumlah pembayaran sebelumnya
  • Menyemak maklumat penting peribadi lain.
  • Menukar kata laluan dan alamat email
Info Tambahan :  Selepas SPM 2023 Apa yang Kita Boleh Buat?

Cara Semak Penyata Baki PTPTN Terkini

Untuk membuat semakan baki terkini PTPTN, dibawah disediakan bagaimana untuk membuat semakan secara online.

p1

  • Klik pada link PENYATA KIRA-KIRA PEMBIAYAAN yang muncul
  • Anda perlu log masuk sekali lagi dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan. Sekiranya anda belum mendaftar perlu daftar terlebih dahulu sebelum log masuk dengan klik pada link pendaftaran kali pertama.

p2

  • Klik pada penyata baki / penyata baki terperinci PTPTN anda yang muncul
Info Tambahan :  SPM Ulangan: Panduan Lengkap, Tips dan Jadual 2023

p3

Paparan yang keluar lengkap dengan bayaran-bayaran yang anda telah lakukan sebelum ini termasuk kadar ujrah dan kadar insuran yang dikenakan kepada anda.

Selain itu, pengiraan bayaran sekaligus juga disediakan untuk memberikan jumlah sebenar sekiranya bayaran terus ingin dibuat. Kebiasaanya bayaran terus akan mendapat diskaun pengurangan kerana ia tidak termasuk cas-cas lain untuk tempoh berikutnya.

Kesimpulan

Kemudahan telah disediakan dan penyata baki PTPTN online ini dilihat memudahkan pengguna untuk melihat transaksi dan jumlah pinjaman. Namun demikian penerangan terperinci setiap kadar UJRAH dan Kadar insuran serta pengiraan bayaran balik perlu lebih diperjelas untuk kemudahan peminjam. Sekiranya pengguna mengalami masalah dan inginkan pengiraan lebih terperinci ada baiknya untuk terus ke pejabat PTPTN berhampiran.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top