Semakan Penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara ANM

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print
Muka login E-penyata gaji

Jabatan Akauntan Negara ANM telah memudahkan urusan semakan penyata gaji bagi kakitangan kerajaan dengan menyediakan semakan dan muat turun slip/ penyata gaji secara online di ANM. Kemudahan ini banyak kelebihannya sehingga mampu menjimatkan kos masa dan yang paling penting mengurangkan penggunaan orang tengah untuk menyampaikan sesuatu maklumat sehinggakan kadangkala mungkin mengalami masalah hilang, lambat atau tercicir.

Kemudahan online ini mungkin memudahkan golongan kakitangan usia muda tetapi ia mungkin menimbulkan kesukaran kepada golongan lama berkhidmat terutama yang tidak mahir internet dan komputer. Oleh itu saya

[highlight]Sediakan secara ringkas bagaimana untuk menggunakan semakan penyata gaji ANM tersebut.[/highlight]

Mendaftar terlebih dahulu

Rajah 1 ANM
Rajah 2 ANM
  • Sebelum menggunakan aplikasi yang disediakan seharusya anda mempunyai no slip gaji. Bolehlah bertanya kepada kerani masing-masing ataupun rujuk slip gaji sebelum ini dibahagian atas sekali.
  • Bagi yang belum mendaftar perlu masuk ke http://www.anm.gov.my .
  • Klik ‘ e-penyata gaji pada bulatan seperti rajah 1 diatas untuk ke halaman login.
  • Sila klik “ pertama kali mendaftar “ seperti dalam rajah 2 diatas
  • Masukkan maklumat yang diminta
  • Selesai

Login untuk semakan selepas mendaftar / Cara Semak Penyata Gaji

Sekiranya selesai mendaftar ataupun yang telahpun mendaftar bolehlah terus ke cara yang disediakan ini.

Laman Utama Home ANM
  1. Pergi ke http://www.anm.gov.my atau KLIK SINI dan gambar seperti diatas akan dipaparkan.
  2. Klik ‘ e-penyata gaji pada bulatan seperti diatas untuk ke halaman login.
  3. Di halaman login sila masukkan no kad pengenalan dan kata laluan
  4. Klik “ Daftar masuk “
  5. Di paparan profil saya sila klik penyata gaji “ sendiri “
  6. Pilih tahun dan bulan yang dikehendaki dan klik “ cari “
  7. Setelah itu akan terpapar link untuk slip gaji masing-masing.
  8. Klik sahaja link tersebut, ia akan muat turun/download ke komputer masing-masing.
  9. Setelah selesai download masing-masing boleh bukanya dengan klik file pdf tersebut.
  10. Sebelum buka pastikan komputer masing-masing mempunyai perisian adobe reader
  11. Selesai, semoga berjaya.

Untuk maklumat lanjut anda dinasihatkan rujuk manual penuh penggunaan yang disediakan oleh Jabatan Akautan Negara KLIK SINI 

Sumber : http://www.anm.gov.my/main.php

Update : Sila lihat Jadual Tarikh Pembayaran Gaji 2016  .


 

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

73
Komen/ Pertanyaan Anda?

avatar
40 Comment threads
33 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
47 Comment authors
Ms ConfusePhilip Kelanang Anak DiungChildreniscutesukrihamidah Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Ms Confuse
Guest
Ms Confuse

saya baru pertama kali guna sistem e-gaji. tapi, bila ingin daftar masuk, sistem trigger “no id anda tlh didaftarkan”. pelik.. 2nd, bila saya nak buat tukar kata laluan, no.gaji pula salah. (padahal no. gaji dh betul). mcm mana nk buat?

Philip Kelanang Anak Diung
Guest
Philip Kelanang Anak Diung

Saya perlukan Penyata Tahunan Gaji mulai tahun 2007 hingga 2009. Dapat JAN menghantar melalui email saya. Diperlukan untuk pengiraan semula cukai pendapatan secepat mungkin. Telah hubungi tempat bertugas tetapi diberitahu tak dapat dikesan lagi. Saya telah bersara pada 21.11.2013. Amat berterima kasih kepada pihak Tuan jika dapat membekalkan saya salinan penyata tahunan gaji saya bagi 2007 – 2009.

Terima Kasih

Childreniscute
Guest
Childreniscute

Salam.
Tuan, Saya nak tanya kenapa saya tidak boleh daftar untuk isteri saya sedangkan slip gaji dah ade.Saya dah masukkan semua.Masih lagi gagal mendaftar.

Sekian

sukri
Guest
sukri

saya terlupa kata laluan saya, apabila saya mahu reset semula tidak dapat. pada ruangan memasukkan no akaun. tiada data

hamidah
Guest
hamidah

saya telah beberapa kali buka untuk melihat gaji saya yg sebenar tapi malangnya hanya sampai penyata gaji sahaja sedangkan pay slip tidak di paparkan .

adam
Guest
adam

pesal xblh nk login utk penyata gaji ni..’This webpage is not available’ ble nk available ni,improve cpt..urgent bro..

qis
Guest
qis

salaam. saya tak tahu dan nak tahu kenapa saya tak boleh buka penyata “sendiri”? hanya dapat buka sampai profil diri sahaja…tapi bila cuba di tempat kerja takde masalah pula.untuk pengetahuan di rumah guna ie dan windows 7 home premium. tk atas perhatian..

huda
Guest
huda

Slm, kenapa nk dwnload pyata gaji dlm galaxy tab xboleh ye.dh install adobe reader & pdf.tp,masih xleh gak.aplikasi lain yg guna pdf boleh plak download.hrp boleh mbantu.tq…

QStaff2
Editor

Slm, cuba download sahaja dulu tanpa open.. pastu cari file tu dan buka manual dengan adobe reader.

usus
Guest
usus

klu tentera lak nak register mcm ner?

tia
Guest
tia

salam.. kenapa untuk semakan gaji bulan julai 2012, webside e-penyata gaji x boleh di buka sejak 20hb julai? kalau ada masalah harap cepat2 lah atasi sebab ini memberi kesukaran pada kami yang ingin menggunakan slip gaji untuk urusan tertentu

are fief
Guest
are fief

sye bru nk mendaftar sbg pengguna baru dan semua maklumat yang dikehendaki diisi dlm ruangan tu saya ade.tapi xdpt daftar n yang keluar cmni “Gagal untuk mendaftar. – Tiada rekod ditemui. Sila semak semula ID pengguna anda.”

sye bru dpt gaji pertama..n nk daftar..xdpt dftar plak..knape tu erk?

jamaliah
Guest
jamaliah

saya pon ada masalah yang sama, mcm are fief ni.. dah semak banyak kali dah maklumat.. mcmna erk?

Abidah Ab Ghani
Guest
Abidah Ab Ghani

Salam

saya baru nk daftar.dah isi semua,tapi die tulis gagal untuk mendaftar.tiada rekod ditemui.sila semak semula id pengguna.banyak kali buat pun keluar benda yang sama.kenapa ye?

QStaff1
Editor

Salam, eh..entahlah..cuba semak ulangkali maklumat yang dimasukkan sebelum ini..

syikin
Guest
syikin

Tq dengan maklumat ANM untuk semakan gaji..syikin ni baru je daftar..

QStaff2
Editor

Sama2..semoga memberikan kemudahan..

nursyahida
Guest
nursyahida

Salam..
saye bru je kje n bru je dpt gji bulan ni..lepas sya bce cara nk dftr e pnyata gji yg encik ajr tu bru sya sdar..sya da slap daftar..no gji tu sya isi no akaun bank..kalo sya nk dftr bru bole ke..mcmmne sya nk wat ye encik…sya dah buntu..

OSWALD
Guest
OSWALD

tentera boleh check gak ke penyata gaji dalam e penyata gaji ni.

Rahman
Guest
Rahman

Salam..Bila keluar slip gaji untuk april..nak tengok tunggakan dapat berapa.

QStaff1
Editor

Salam..biasanya seminggu sebelum keluar gaji..cuba hari rabu atau khamis ni..

Herza Hazri
Guest

minta2 gaji bulan april nie dptlah kt tunggakan…

afifi
Guest
afifi

Good blog.. good info, how to register at ANM Penyata gaji.. thank so much.

fahmi
Guest
fahmi

Bila gaji bulan april..betul ke april 2012 ni dibayar tunggakan?

midel emon
Guest
midel emon

ssh sgt la nak wat semakkn penyata gaji….asyk xdpt bka je…

QStaff1
Editor

Kdg2 ia sibuk..cuba gunakan waktu yang tidak sibuk.. 🙂

Paul Mpadai anak Anchaweng
Guest
Paul Mpadai anak Anchaweng

Tak boleh dan lansung Xdpat akses pun

xoxo
Guest
xoxo

dh sign..walaupun still blur2 with spba…keluarnya x de pun…
still gak yg lama…@[email protected]

QStaff1
Editor

memamg gitu lah..terbaru..semua bayaran ditangguh sehingga siap kajian semula..

tanpa nama
Guest
tanpa nama

knpa anm xleh nk msuk?

QStaff1
Editor

Mungkin ada masalh line..

abuya
Guest
abuya

PERKHIDMATAN E-MAKLUM TERLALU TERUK BOLEH KASI KOSONG MARKAH

mohd nazeri
Guest
mohd nazeri

tahun depan saya naik DG44..macamana pengiraan gaji SPBA…skrg gaji saya DG41-2690

kamilan
Guest
kamilan

Kenapa bila selapas masuk i.c klik semak paparan akan jadi kosong tak dapat nak tengok status pembayaran tapi semak gaji tak masaalah

kamilan ahmad
Guest
kamilan ahmad

masaalah saya apabila nak lihat status pembayaran setelah diisi no i.c dan klik pada semak paparan jadi kosong tetapi tidak jadi masaalah kira nak semak penyata gaji apa masaalah nya.

HAFIZ
Guest
HAFIZ

KNPA XDPT NAK DAFTAR…TLG?

ayuni
Guest
ayuni

Bila agaknya gaji keluar?

Noratiah Awang
Guest
Noratiah Awang

salam…sya pn x dapat buka sistem E pnyata gaji brapa kali da try