Jabatan Akauntan Negara ANM telah memudahkan urusan semakan penyata gaji bagi kakitangan kerajaan dengan menyediakan semakan dan muat turun slip/ penyata gaji secara online di ANM. Kemudahan ini banyak kelebihannya sehingga mampu menjimatkan kos masa dan yang paling penting mengurangkan penggunaan orang tengah untuk menyampaikan sesuatu maklumat sehinggakan kadangkala mungkin mengalami masalah hilang, lambat atau tercicir.
Kemudahan online ini mungkin memudahkan golongan kakitangan usia muda tetapi ia mungkin menimbulkan kesukaran kepada golongan lama berkhidmat terutama yang tidak mahir internet dan komputer. Oleh itu saya
[highlight]Sediakan secara ringkas bagaimana untuk menggunakan semakan penyata gaji ANM tersebut.[/highlight]
Mendaftar terlebih dahulu
- Sebelum menggunakan aplikasi yang disediakan seharusya anda mempunyai no slip gaji. Bolehlah bertanya kepada kerani masing-masing ataupun rujuk slip gaji sebelum ini dibahagian atas sekali.
- Bagi yang belum mendaftar perlu masuk ke http://www.anm.gov.my .
- Klik ‘ e-penyata gaji pada bulatan seperti rajah 1 diatas untuk ke halaman login.
- Sila klik “ pertama kali mendaftar “ seperti dalam rajah 2 diatas
- Masukkan maklumat yang diminta
- Selesai
Login untuk semakan selepas mendaftar / Cara Semak Penyata Gaji
Sekiranya selesai mendaftar ataupun yang telahpun mendaftar bolehlah terus ke cara yang disediakan ini.
- Pergi ke http://www.anm.gov.my atau KLIK SINI dan gambar seperti diatas akan dipaparkan.
- Klik ‘ e-penyata gaji pada bulatan seperti diatas untuk ke halaman login.
- Di halaman login sila masukkan no kad pengenalan dan kata laluan
- Klik “ Daftar masuk “
- Di paparan profil saya sila klik penyata gaji “ sendiri “
- Pilih tahun dan bulan yang dikehendaki dan klik “ cari “
- Setelah itu akan terpapar link untuk slip gaji masing-masing.
- Klik sahaja link tersebut, ia akan muat turun/download ke komputer masing-masing.
- Setelah selesai download masing-masing boleh bukanya dengan klik file pdf tersebut.
- Sebelum buka pastikan komputer masing-masing mempunyai perisian adobe reader
- Selesai, semoga berjaya.
Untuk maklumat lanjut anda dinasihatkan rujuk manual penuh penggunaan yang disediakan oleh Jabatan Akautan Negara KLIK SINI
Sumber : http://www.anm.gov.my/main.php
Update : Sila lihat Jadual Tarikh Pembayaran Gaji 2016 .
73 thoughts on “Semakan Penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara ANM”
saya baru pertama kali guna sistem e-gaji. tapi, bila ingin daftar masuk, sistem trigger “no id anda tlh didaftarkan”. pelik.. 2nd, bila saya nak buat tukar kata laluan, no.gaji pula salah. (padahal no. gaji dh betul). mcm mana nk buat?
Saya perlukan Penyata Tahunan Gaji mulai tahun 2007 hingga 2009. Dapat JAN menghantar melalui email saya. Diperlukan untuk pengiraan semula cukai pendapatan secepat mungkin. Telah hubungi tempat bertugas tetapi diberitahu tak dapat dikesan lagi. Saya telah bersara pada 21.11.2013. Amat berterima kasih kepada pihak Tuan jika dapat membekalkan saya salinan penyata tahunan gaji saya bagi 2007 – 2009.
Terima Kasih
Salam.
Tuan, Saya nak tanya kenapa saya tidak boleh daftar untuk isteri saya sedangkan slip gaji dah ade.Saya dah masukkan semua.Masih lagi gagal mendaftar.
Sekian
saya terlupa kata laluan saya, apabila saya mahu reset semula tidak dapat. pada ruangan memasukkan no akaun. tiada data
saya telah beberapa kali buka untuk melihat gaji saya yg sebenar tapi malangnya hanya sampai penyata gaji sahaja sedangkan pay slip tidak di paparkan .
pesal xblh nk login utk penyata gaji ni..’This webpage is not available’ ble nk available ni,improve cpt..urgent bro..
salaam. saya tak tahu dan nak tahu kenapa saya tak boleh buka penyata “sendiri”? hanya dapat buka sampai profil diri sahaja…tapi bila cuba di tempat kerja takde masalah pula.untuk pengetahuan di rumah guna ie dan windows 7 home premium. tk atas perhatian..
Salam.. mungkin saudari xada perisian adobe reader.. lebih baik guna google chrome dengan ada perisian adobe reader..
saya dah ada reader tapi masih gagal buka penyata sendiri.apa lagi kemungkinan yang tak kena lagi ye?
Mungkin ada masalah teknikal lain.. sy xdpt nk tlg kalau masih xok..maaf yer..cuba rujuk balik.
Slm, kenapa nk dwnload pyata gaji dlm galaxy tab xboleh ye.dh install adobe reader & pdf.tp,masih xleh gak.aplikasi lain yg guna pdf boleh plak download.hrp boleh mbantu.tq…
Slm, cuba download sahaja dulu tanpa open.. pastu cari file tu dan buka manual dengan adobe reader.
klu tentera lak nak register mcm ner?
salam.. kenapa untuk semakan gaji bulan julai 2012, webside e-penyata gaji x boleh di buka sejak 20hb julai? kalau ada masalah harap cepat2 lah atasi sebab ini memberi kesukaran pada kami yang ingin menggunakan slip gaji untuk urusan tertentu
sye bru nk mendaftar sbg pengguna baru dan semua maklumat yang dikehendaki diisi dlm ruangan tu saya ade.tapi xdpt daftar n yang keluar cmni “Gagal untuk mendaftar. – Tiada rekod ditemui. Sila semak semula ID pengguna anda.”
sye bru dpt gaji pertama..n nk daftar..xdpt dftar plak..knape tu erk?
saya pon ada masalah yang sama, mcm are fief ni.. dah semak banyak kali dah maklumat.. mcmna erk?
Salam
saya baru nk daftar.dah isi semua,tapi die tulis gagal untuk mendaftar.tiada rekod ditemui.sila semak semula id pengguna.banyak kali buat pun keluar benda yang sama.kenapa ye?
Salam, eh..entahlah..cuba semak ulangkali maklumat yang dimasukkan sebelum ini..
Tq dengan maklumat ANM untuk semakan gaji..syikin ni baru je daftar..
Sama2..semoga memberikan kemudahan..
Salam..
saye bru je kje n bru je dpt gji bulan ni..lepas sya bce cara nk dftr e pnyata gji yg encik ajr tu bru sya sdar..sya da slap daftar..no gji tu sya isi no akaun bank..kalo sya nk dftr bru bole ke..mcmmne sya nk wat ye encik…sya dah buntu..
ish..cuba tnya kerani..kalau dapt edit balik oklah..cuba login..harap2 boleh edit kat maklumat gaji..sy jarang terima kes mcm ni..xpandai sangat kalau nak tlg..maaf yer..
tentera boleh check gak ke penyata gaji dalam e penyata gaji ni.
Salam..Bila keluar slip gaji untuk april..nak tengok tunggakan dapat berapa.
Salam..biasanya seminggu sebelum keluar gaji..cuba hari rabu atau khamis ni..
minta2 gaji bulan april nie dptlah kt tunggakan…
Rasanya dapat.. 🙂
Good blog.. good info, how to register at ANM Penyata gaji.. thank so much.
Bila gaji bulan april..betul ke april 2012 ni dibayar tunggakan?
Ada saya update tarikh keluar gaji diatas..yer. kemungkinan besar akan dibayar..apa2 pun kita tunggu yer.. 🙂
ssh sgt la nak wat semakkn penyata gaji….asyk xdpt bka je…
Kdg2 ia sibuk..cuba gunakan waktu yang tidak sibuk.. 🙂
Tak boleh dan lansung Xdpat akses pun
dh sign..walaupun still blur2 with spba…keluarnya x de pun…
still gak yg lama…@_@
memamg gitu lah..terbaru..semua bayaran ditangguh sehingga siap kajian semula..
knpa anm xleh nk msuk?
Mungkin ada masalh line..
PERKHIDMATAN E-MAKLUM TERLALU TERUK BOLEH KASI KOSONG MARKAH
tahun depan saya naik DG44..macamana pengiraan gaji SPBA…skrg gaji saya DG41-2690
Ikut langkah 1-7 tu..pastu gaji tu rujuk di jadual DG 1-2 yang terhampir — lebih dari jumlah akhir pengiraan 1-7 tu..maaf xdapat bg detail, tlg kirakan..sbb sy sekarang sedang travel..:)
kalau dah free..boleh tengokkan tak,,sbb saya masih tak faham
terima kasih
salam encik fizi, saya ingin bertanya, slip gaji saya tidak dapat diakses. kemudian saya ambil lupa kata laluan dan tertera mengatakan no kad pengenalan saya salah. mohon bantuan, terima kasih
Salam..nizam..maaflah kalau ni sy tak dapat membantu..cuba hubungi melalui sini http://www.anm.gov.my/main.php?Content=sections&SubSectionID=43&SectionID=13 harap membantu 🙂
Kenapa bila selapas masuk i.c klik semak paparan akan jadi kosong tak dapat nak tengok status pembayaran tapi semak gaji tak masaalah
masaalah saya apabila nak lihat status pembayaran setelah diisi no i.c dan klik pada semak paparan jadi kosong tetapi tidak jadi masaalah kira nak semak penyata gaji apa masaalah nya.
KNPA XDPT NAK DAFTAR…TLG?
Alamak..knape yer xdapat nak daftar? biasanya boleh..cuba ikut step yg sy bg tu..mungkin ada terlepas.. 🙁
Bila agaknya gaji keluar?
Untuk disember ni, tarikh keluar pada 19 Disember 2011 iaitu hari Isnin.. akan dapat gaji bersama Bonus 😉
salam…sya pn x dapat buka sistem E pnyata gaji brapa kali da try
Salam..ntah la..sy pun xpasti..mungkin mase saudari masuk tu dia line sibuk..
bila bonus bln12 klr?
Bulan 12 ni..mungkin sekali dengan gaji bulan 12 ni..dalam 22-25 hb 12..
Saya tak dapat eksess system. di hilightkan merah no kad pengenalan atau kata laluan salah. Masuk bahagian ‘lupa kata laluan’ masih di sebut no kad pengenalan salah. Daftar semula pun dah cuba. kad pengenalan salah juga. Dah semak tak salah pun. Sebelum ni dapat ekes. sekarang tak boleh. apasal ya. Boleh bantu ke.
Kali pertama masuk sistem ke? kalau kali pertama kne daftar dulu..kalau dah daftar..cuba cek caps lock takut tertekan huruf besar..
aku nak semak pembayaran melalui e-maklum tapi hampeh tak boleh teruk sangat sistem e-maklum yang tak boleh maklum
🙂 memang problem kalau online nio bila ramai yang sedang online.. 🙂
maun tanya,penyata gaji untuk Pembanci Sambilan Harian ada ke?
Rasanya xde la kalau tu..bleh tanya majikan yg keluarkan.. tq
Pesara Kerajaan dapat pelarasan pencen bila? Pesara boleh tengok penyata gaji juga tak?
alamak..sy xtau la kalau pesara..setahu sy ia mula tahun depan pelarasan tu..kalau penyata gaji semak online tak tahulah..cuba puan semak sekarang..mana tahu ada.. 🙂
Salam, bila keluar bonus untuk tahun ni..dengar cerita bulan disember ni..betul ker?
Salam, rasanya bln 12 ni..dlm pertengahan bulan 🙂
sy t’hilang salinan penyata gaji (EC) 2009 krn slalu pindah tmpt keja. Skolah pula missplace file EC guru2 utk 2009. So bole ke sy dptkn salinn baru EC 2009 sy di JAN? Online hanya ada mulai jan 2010. Borg EC 2009 neh sgt ptg krn sy bru dpt notis taksiran LHDN utk 2009 yg sgt x munasabah.
Saya jarang dapat masalah ni, Biasanya dia ada salinan kat skolah..tapi kalau xde, cubalah ke JAN sebab ia mesti ada simpan salinan untuk setiap keluaran slipnya. cubalah yer gloria. Urusan kerajaan ni pasti setiap proses laluan prosedurnya akan disalinkan.
Assalamualikum, bila gaji ogos akan keluar? dengar cerita keluar awal.
Salam, kemungkinan 24 ogos ni.. Jgn bimbang..sampai masa keluar la tu 🙂
Salam saudara, untuk bonus hari raya ogos 2011 ni ada penyata gaji ker?
Ada rasanya…dia keluar 2 slip bln ni…
sistem epenyata gaji dktakan hbat tapi pling buruk stakat nie krana xdpt akses masuk untuk print slip gaji blan july
..!!!!
Entah la..mungkin server kecik kot..tapi setahu saya bulan2 sebelum ni xde masalah..mungkin mase tu tak ramai tahu n reti guna.. : )
Apa Hal dengan Sistem E penyata Gaji Akuntan Negara Malaysia Nak Acces Masuk Pun Tak Boleh. Apalagi Nak Print Gajiu Bulan Julai Sudah 3 Hari Tak BNoleh Masok
Entah la..sy pun dpt masuk jrg2 je haritu..ada dapat masuk..cuba waktu yg tak sibuk..cubaan saya 5 kali..2 kali dapat..