Kami ada menerima soalan bekenaan semakan PLKN 2016, kebanyakan bertanya bagaimana ingin membuat semakan PLKN 2016 dan ada juga ingin memohon secara sukarela PLKN 2016. Untuk pengetahuan, mulai kemasukan akan datang modul PLKN di transformasi sejajar dengan pekembangan semasa Malaysia sekarang dan juga bagi memenuhi matlamat tenaga berkemahiran.
Salam encik, bila PLKN keluar? Sy berminat dan bagaimana untuk memohon. Mohon ihsan encik untuk membalas email saya. – Naima
Mohon sebarkan bila Permohonan PLKN 2016, saya dapat tahu PLKN boleh untuk sukarela? Bagaimana utk mohon dan bila boleh mohon? – fakhrul
Untuk pengetahuan pembaca, jika mengikut makluman rasmi facebook PLKN. Belum ada tarikh muktamad bila semakan PLKN 2016 akan dikeluarkan. Namun demikian menurut maklumat yang di keluarkan Semakan PLKN 2016 akan mula dibuka bulan Disember 2015 ini. Tarikh sebenar akan kami sebarkan apabila tiba masanya nanti. Semakan nanti akan dibuka secara online dan SMS bagi mempermudahkan urusan semakan.
PLKN Modul Baru 2016
Untuk pengetahuan, PLKN 2016 akan dilaksanakan menggunakan modul baru iaitu PLKN 2.0.
5 modul utama baru ialah :
- FIT4LIFE
- TECH & TALK
- MALAYSIAKU
- BE SAFE, BE ALERT
- IUPGRADE
3 Sub Modul Baru
- SPIRITUALITY
- MYFUTURE
- KHIDMAT KOMUNITI
Penerangan & Kandungan 5 modul utama PLKN
Modul | Penerangan |
FIT4LIFE | Mengajar peserta PLKN kemahiran survival, aktiviti ekstrem dan latihan kecergasan bertujuan untuk melatih generasi muda tentang gaya hidup sihat di samping membentuk keberanian, disiplin dan daya tahan. |
TECH & TALK | Menekankan aspek pembangunan interpersonal serta pemikiran kreatif dan kritikal |
MALAYSIAKU | Penekanan kepada patriotisme, semangat cintakan negara |
BE SAFE, BE ALERT
|
pemahaman mengenai cabaran dan ancaman semasa sama ada berbentuk moden atau tradisional. |
IUPGRADE
|
Experiental Learning ( pembelajaran berdasarkan pengalaman, pembangunan individu dan kerjasama kumpulan |
Semakan Projek Perintis PLKN 2.0 Tahun 2015


Sebelum ini PLKN telahpun ditangguhkan dan ramai pelajar kelahiran 1997 yang tidak dapat menyertainya. Oleh demikian, satu projek perintis PLKN 2.0 di adakan bagi memberi peluang mereka. Untuk mengetahui anda dipanggil atau tidak, bolehlah membuat semakan secara online di :
Selain itu anda juga boleh membuat semakan secara SMS
Taip : PLKN KEM [No KP anda] Dan Hantar ke 15888
PLKN juga menjemput mana-mana remaja dua tahun sebelumnya iaitu kelahiran ( 1996 dan 1995 ) yang berminat. Jika berminat boleh mengisi Borang Permohonan PLKN Projek Perintis Sukarela ( Maklumat Lanjut )


Maklumat lanjut dan pertanyaan
Sekiranya anda ada persoalan ada baiknya jika anda membuat pertanyaan di :
- Call Centre 03-40274747 ( Waktu pejabat 8.00 pagi – 5.00 petang )
- Facebook rasmi JLKN
- Laman Web Rasmi PLKN
Ingit masok plkn sukarela
macam mana nak register plkn online secara sukarela ? pls nak sgt masuk plkn !!!!