Semakan Rayuan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Semakan Rayuan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2012 1
MRSM

Bagi yang tidak berjaya sebelum ini yang telah memohon ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 tahun 2012, semakan rayuan ke tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains MARA MRSM telah dikeluarkan.

Semakan Keputusan Rayuan Ke tingkatan 1 MRSM 2012

Bagi pelajar lepasan UPSR tahun 2011 yang sebelum ini telah memohon untuk ke tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) tetapi gagal ditempatkan semasa semakan pertama sebelum ini, pemohon boleh menyemak kembali menggunakan sistem sedia ada untuk mengetahui keputusan permohonan.

Info Tambahan :  SPM Ulangan: Panduan Lengkap, Tips dan Jadual 2023

Cara Membuat Semakan Ambilan kedua MRSM Tingkatan 1 2012

  • Untuk membuat semakan, perlu ke portal rasmi Mara ataupun boleh terus ke Sistem Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2012.
  • Semakan boleh dibuat dengan memasukkan no surat beranak atau no kad pegenalan yang didaftarkan sebelum ini serta no angka giliran pemohon.
  • Klik pada butang semak

Semakan Keputusan Rayuan Ke tingkatan 4 MRSM 2012

Bagi pelajar lepasan PMR 2011 yang sebelum ini gagal diterima ke MRSM melalui permohonan januari lepas, juga boleh menyemak panggilan kedua untuk kemasukan ke tingkatan 4 MRSM 2012.

Cara Membuat Semakan Ambilan kedua MRSM Tingkatan 4 2012

  • Untuk membuat semakan, perlu ke portal rasmi Mara ataupun boleh terus ke Sistem Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 4 2012.
  • Semakan boleh dibuat dengan memasukkan no kad pegenalan pemohon yang didaftarkan sebelum ini.
  • Klik pada butang hantar
Info Tambahan :  Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan yang lebih terperinci mengenai semakan rayuan keputusan ambilan kedua MRSM tingkatan 1 dan 4 2012 ini, bolehlah menghubungi terus Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513. Semoga berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *