Semakan Rayuan Lepasan STPM UPU 2012/2013

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagi yang membuat rayuan, semakan serta keputusan rayuan bagi lepasan STPM melalui laman UPU bagi sesi 2012/2013 telah dibuka. Rayuan  adalah dari permohonan sebelum ini iaitu bagi kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama).

Calon boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat  tawaran rasmi melalui Laman Web Rasmi IPTA  berkaitan  seperti di  Lampiran 2 mulai 18 September 2012 (Selasa). Untuk pengetahuan, pemilihan rayuan adalah bagi mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu diIPTA.

Keputusan rayuan adalah  muktamad.  Jika tiada sebarang  tawaran diterima daripada IPTA sehingga  30 September 2012, maka rayuan hendaklah dianggap gagal.

Semakan Online Rayuan

Untuk membuat semakan, bolehlah terus ke laman rasmi UPU atau ke pautan dibawah :

Untuk sebarang kemuskilan, anda digalakkan rujuk disini atau berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)  di talian 03-8870 6767 dan 03-8870 6777.

Semoga semakan atau keputusan rayuan lepasan STPM ini memberikan berita gembira kepada pemohon. Selamat berjaya.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )