Semakan Rayuan Matrikulasi Ambilan Kedua 2016/2017

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Print this page
Semakan rayuan matrikulasi
Salah satu matrikulasi di Kedah

Bagi sebelum ini yang telah membuat rayuan matrikulasi, semakan rayuan matrikulasi untuk ambilan kedua tahun 2016/2017 telahpun dibuka. Semakan rayuan ini boleh disemak melalui online menerusi laman web yang disediakan.

Sebelum ini semakan tawaran ke matrikulasi telah dikeluarkan dan pastinya akan ada pelajar yang tidak Berjaya. Semakan rayuan telah dibuka sebelum ini dan untuk kali ini rayuan matrikulasi ambila kedua pula dibuka.

Bila tarikh semakan rayuan matrikulasi Ambilan kedua dibuka?

Sebenarnya semakan online rayuan matrikulasi ini telah dibuka pada 16 Jun 2016, semakan rayuan ini boleh dibuat di Laman Rasmi Semakan Rayuan matrikulasi ( maklumat Lanjut )

Semakan online rayuan matrikulasi ini telah dibuka pada 16 Jun 2016

Semakan boleh dibuat dengan menggunakan No kad pengenalan atau no Lembaga Peperiksaan.

Semakan melalui SMS

Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :

Anda juga boleh membuat semakan melalui SMS iaitu

Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>NO. KP dan hantarkan ke 15888

Contoh : MOE MAT 980704085973

Untuk pengetahuan, Matrikulasi menawarkan bidang jurusan sains, perakaunan dan juga aliran teknikal.

Lokasi Matrikulasi

Terdapat 17 lokasi Matrikulasdi di Malaysia iaitu :

  1. Kolej Matrikulasi Melaka, Londang.
  2. Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah.
  3. Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas.
  4. Kolej Matrikulasi Perlis, Arau.
  5. Kolej Matrikulasi Labuan, Merinding.
  6. Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.
  7. Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng.
  8. Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun.
  9. Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang.
  10. Kolej Matrikulasi Selangor,Banting.
  11. Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Putih.
  12. Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching.
  13. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah,Pendang.
  14. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang,Jengka.
  15. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor,Pontian.
  16. Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang.
  17. Kolej MARA Kulim, Kulim.

Bilakah tarikh daftar Matrikulasi 2016

Tarikh pendaftaran bagi pelajar baharu sesi 2016/2017 ialah pada 5/6/7 Jun 2016. Manakala bagi pelajar rayuan dan Program Dua Tahun ialah pada 23 Jun 2016. Tarikh pendaftaran tertera dengan jelas apabila anda menerima surat tawaran pelajar.

Tukar Jurusan

Mungkin ada sebelum ini yang telah membuat permohonan jurusan Sains dan telah ditawarkan jurusan sains tetapi ingin menukar jurusan ke Perakuanan.

Anda boleh tukar jurusan tetapi perlu dibuat di kolej masing-masing melalui Pengarah kolej. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada kekosongan dan juga tertakluk kepada nisbah Jurusan Sains kepada Jurusan Perakaunan iaitu 80:20 di setiap kolej.

Tukar Kolej

Setiap permohonan akan ditentukan lokasi Kolej Matrikulasi untuk pengajian. Namun demikian masih ada yang ingin menukar kolej.

Untuk pengetahuan, anda tidak dibenarkan kecuali bagi kes khas seperti sakit kronik yang memerlukan rawatan berpanjangan, adik beradik ditempatkan di kolej Matrikulasi berlainan dan lain-lain yang munasabah. Permohonan perlulah dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.

Diharapkan maklumat semakan rayuan matrikulasi ini dapat disampaikan dan persoalan tukar jurusan serta tukar kolej dapat terjawab.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here