Satu makluman menarik bagi yang sebelum ini telah memohon MRSM untruk tingkatan 1 dan tingkatan 4. Semakan dan rayuan MRSM telah dibuka melalui laman rasmi pengambilan MRSM. Untuk makluman, calon yang berjaya akan dihubungi melalui SMS .


Surat Tawaran MRSM dan Rayuan MRSM
Bagi calon yang telah berjaya perlulah mendapatkan surat tawaran untuk persediaan dokumen perlu untuk pendaftaran nanti. Untuk membuat semakan dan mencetak surat tawaran masing-masing bolehlah muat turun melalui pautan yang disediakan :
Surat Tawaran MRSM Tingkatan 1
Surat Tawaran MRSM Tingkatan 4
Untuk membuat semakan, anda hanya perlu menggunakan angka giliran UPSR bagi pemohon MRSM tingkatan 1 dan no kad pengenalan bagi pemohon MRSM tingkatan 4.
Rayuan MRSM tingkatan 1 dan 4
Bagi yang tidak berjaya, tidak perlu berputus asa. Bagi yang tidak berjaya, juga boleh membuat rayuan melalui aplikasi rayuan yang disediakan. Pastikan anda telah memohon sebelum ini kerana anda akan boleh akses untuk rayuan menggunakan angka giliran dan kad pengenalan sebelum ini.
Untuk membuat rayuan, anda juga boleh menggunakan pautan yang sama untuk membuat semakan kerana akan ada pilihan untuk membuat rayuan sekiranya keputusan semakan adalah tidak berjaya.
Peluang baik bagi yang berjaya
Sebenarnya ada banyak pilihan untuk menyambung pengajian. Memilih untuk ke MRSM juga adalah salah satu pilihan popular pelajar selain sekolah berasrama penuh SBP. Memilih untuk ke sekolah yang membuat pemilihan ini agak berbeza dari sekolah harian biasa kerana pelajar akan berada di persekitaran yang lebih positif untuk belajar dan persaingan pelajaran. Persekitaran positif ini pastinya akan mempengaruhi cara belajar.
Jika anda tidak berjaya juga boleh menyambung di sekolah harian biasa. Kualiti di sekolah harian biasa juga baik selagi ia dikawal selia dengan baik. Apa jua tempat belajar tidak semestinya mempengaruhi cara belajar seseorang, apa yang penting adalah sikap pelajar itu sendiri untuk memilih untuk gagal atau berjaya.