Semakan Rayuan SBP Tingkatan 4 Tahun 2016

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagi yang sedang menunggu semakan rayuan SBP, semakan rayuan SBP untuk tingkatan 4 tahun 2016 telah dibuka. Semakan adalah bagi permohonan sebelum ini yang tidak berjaya. Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) merupakan satu pilihan popular pelajar lepasan PT3 kerana ia merupakan sekolah yang membuat pemilihan pelajar untuk diterima masuk. Proses pemilihan yang ditetap membuatkan pelajar yang berpeluang belajar di SBP mendapat lebih perhatian dan persekitaran yang membina. Mungkin sebelum ini semakan ke SBP mengecewakan dan peluang dibuka lagi untuk rayuan permohonan.

Semakan Rayuan SBP online

Kemudahan secara online dibuka untuk memudahkan semakan senarai yang diterima untuk rayuan ke SBP 2016 ini. Untuk membuat semakan bolehlah ke Laman Rasmi KPM atau terus ke pautan semakan rayuan SBP yang disediakan ( Semakan Rayuan SBP ).

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi
Semakan Rayuan SBP
Semakan Rayuan SBP

Untuk membuat semakan rayuan, calon perlu masukkan no kad pengenalan dan angka giliran PT3. Pastikan maklumat no kad pengenalan dan angka giliran adalah seperti maklumat yang tercatat dalam slip pendaftaran PT3 sebelum ini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, calon dinasihatkan berhubung terus di talian :

  • 03-83217400

Semoga anda memperoleh berita gembira dalam usaha untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan masa depan yang cerah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *