Semakan Semula Keputusan Kes “T” SPM 2020

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Semakan semula keputusan kes “T” SPM 2020 boleh dibuat oleh semua calon SPM 2020. Walaubagaimana sekalipun, setiap semakan keputusan yang di lakukan boleh dibuat dengan membayar sebanyak RM 100 setiap subjek yang disemak. Ini bermaksud, sekiranya anda mahu melakukan semakan anda perlu menyimpan duit untuk lakukan semakan.

TAHUKAH ANDA!!!

Permohonan untuk menyemak keputusan SPM 2020 boleh dilakukan atas talian di https://elp.moe.gov.my atau menerusi mobile dari playstore (ANDROID SAHAJA) di aplikasi e-Lembaga Peperiksaan.

Semakan semula keputusan

PASTIKAN aplikasi mudah alih e-Lembaga Peperiksaan dikemaskini versi aplikasi eLP (versi 3.0.2). Aplikasi ini akan digunakan untuk membuat semakan semula keputusan SPM 2020. Penggunaan aplikasi ini lebih mudah berbanding dengan laman web yang disediakan maka buatlah pilihan yang bijak.

Aplikasi ini merangkumi modul-modul berikut:-

  • Modul penataran maklumat medium penyampaian maklumat berkaitan peperiksaan kendalian LP kepada calon peperiksaan petugas peepriksaan dan orang awam
  • Modul semakan keputusan peperiksaan mmembolehkan pengguna membuat semakan keputusan peperiksaan awam kendalian LP pada tempoh yang ditetapkan.
  • Sasaran pengguna terdiri daripada calon peperiksaan yang berkaitan.

Semakan Semula Keputusan Kes “T” SPM 2020

Semakan semula keputusan

Dalam kebahagian pasti ada deritanya, justeru itu masih tidak terlambat lagi untuk mengucapkan TAHNIAH kepada calon SPM 2020 yang meraih keputusan SPM yang cemerlang. Walaubagaimana sekalipun, bagi calon yang memperoleh keputusan yang sederhana JANGAN pernah berasa down kerana keputusan SPM BUKAN pengakhirannya jalan kehidupan anda. 

Info Tambahan :  Semakan Tawaran Kolej Vokasional dan SMT 2021

PEMBERITAHUAN!!!

Tempoh yang diberikan untuk mengetahui keputusan Semakan semula SPM 2020 adalah dalam masa 30 hari dikira bermula dari hari PENGUMUMAN. Yang lepaskan peluang sekiranya anda YAKIN bahawa keputusan yang diperolehi TIDAK seperti yang dinyatakan.

Keputusan SEMAKAN SEMULA akan dimaklumkan kepada calon melalui email calon itu sendiri setelah semakan dilakukan. Anda boleh melayari portal Rasmi https://elp.moe.gov.my bagi maklumat lanjut berkenaan dengan keputusan peperiksaan SPM.

Sebarang Pertanyaan boleh menerusi:-
Email: [email protected]

Lembaga Peepriksaan Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 2, Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, Putrajaya, Malaysia 

“Tarikh Permohonan bermula 10 JUN 2021 sehingga 10 JULAI 2021 SAHAJA”

Antara Persoalan yang bermain diminda

1) Setelah melakukan semakan keputusan pastinya anda tertanya-tanya sama ada keputusan akan LEBIH BAIK daripada yang diharapkan atau sebaliknya?

JAWAPAN :-

Sekianya calon melakukan semakan semula keputusan SPM 2020, bermaksud kertas peperiksaan akan disemak dengan LEBIH TELITI oleh pegawai pemeriksaan. Justeru itu, sama ada keputusan yang diperolehi LEBIH BAIK atau tidak bergantung kepada penelitian semula keputusan.

2) Sekiranya keputusan yang disemak lebih rendah daripada keputusan yang diperolehi sekarang, keputusan mana yang bakal dipilih?

JAWAPAN:-

Keputusan tersebut bergantung kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Justeru itu, calon perlu mengambil sebarang kemungkin sekiranya anda melakukan semakan semula keputusan SPM. Semakan semula keputusan kes “T” SPM 2020 mudah tetapi sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Justeru itu, bagi calon yang mahu melakukan semakan semula keputusan kes “T” SPM 2020 anda perlu:-

  • DINASIHATI untuk lakukan solat istikarah agar keputusan yang diambil tidak salah
  • BERTANYA kepada kaunselor dengan keputusan yang hendak diambil
  • Minta nasihat kepada ibu bapa untuk membuat keputusan semakan semula keputusan SPM 2020
Info Tambahan :  Penangguhan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 4 Tahun 2020

JANGAN pernah kecewa dengan keputusan yang diperolehi kerana sesungguhnya perjalanan anda masih lagi jauh. Bangkit untuk mencapai segala kejayaan yang masih bersisa. JANGAN jadikan keputusan SPM ini sebagai titik hitam perjalanan hidup anda, jadikanlah keputusan ini turn over kepada kehidupan anda.

Diharapkan perkongsian yang diberikan ini memberi manfaat sepenuhnya kepada calon yang mahu melakukan semakan semula. Anda perlu BIJAK dalam membuat keputusan. 

PERINGATAN!!!

JANGAN terlalu terburu-buru untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang kerana keputusan yang cemerlang BUKAN satu tiket untuk memperoleh kejayaan hakiki. Kejayaan hakiki adalah lahir dari diri anda sendiri.

***SELAMAT MAJU JAYA KEPADA CALON YANG MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG***

Tiada kejayaan tanpa Redha ALLAH,

Tiada kejayaan tanpa kepayahan,

Tiada kejayaan tanpa doa daripada ibu bapa,

Tiada kejayaan tanpa usaha untuk berjaya

Semakan semula keputusan


Justeru itu, bagi yang cemerlang JANGAN berbangga diri dan bagi yang kurang cemerlang teruskan usaha anda. Hal ini disebabkan, kejayaan pada keputusan SPM bukanlah segala-galanya buat anda. Perjalanan hidup anda masih jauh lagi.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments