Bagi yang lama menunggu untuk keputusan Permohonan UPU, Semakan secara SMS telah dibuka untuk kemudahan pemohon. Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi program-program pengajian lepasan STPM/Setaraf/Setaraf ( Ijazah Pertama ) bagi sesi akademik 2012/2013 ini akan mula boleh dibuat selepas 12 tengahhari hari ini iaitu 13 Julai sehingga 13 Ogos 2012.
Semakan Keputusan UPU STPM 2012 SMS


Semakan boleh dibuat dengan menaip :
- UPU RESULT [ NO KP ] dan hendaklah sms ke nombor 15888
Perkhidmatan ini akan dikenakan caj penghantaran RM 0.15 dan caj penerimaan RM 0.20
Semoga calon yang menunggu selama ini untuk mengetahui keputusan permohonan UPU masing-masing mendapat tempat untuk ke Ijazah Pertama IPTA bagi tahun 2012/2013 ini.