Semakan Tawaran Matrikulasi 2016

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Semakan Tawaran Matrikulasi

Keputusan STPM

Sudahkah anda buat semakan tawaran matrikulasi ? semakan tawaran matrikulasi telahpun dibuka sebelum ini. Mungkin ini yang dinantikan oleh pelajar lepasan SPM yang berpeluang memohon matrikulasi sebelum ini. Permohonan matrikulasi menjadi salah satu pilihan popular lepasan SPM, hal ini kerana lulusan Matrikulasi lebih terbuka luas untuk memilih pengajian lanjutan di peringkat Ijazah pertama nanti. Fokus utama matrikulasi ialah aliran sains seperti pecahan kepada sains hayat dan sains fizikal. Namun demikian, matrikulasi kini lebih mempunyai pelbagai pilihan pengkhususan termasuk bidang perakaunan dan lain lagi.

Matematik tambahan adalah mata pelajaran utama yang perlu diambil diperingkat SPM untuk melayakkan diri untuk diterima di matrikulasi aliran sains hayat ataupun sains fizikal.

Semakan tawaran Matrikulasi

Bagi yang telah membuat permohonan sebelum ini bolehlah mula membuat semakan di Laman Rasmi KPM atau terus ke aplikasi semakan matrikulasi ( Semakan Tawaran Matrikulasi ).

Semakan tawaran matrikulasi ini boleh dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor Lembaga Peperiksaan.

Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :

Program Matrikulasi KPM:

Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>NO. KP dan hantarkan ke 15888

Contoh : MOE MAT 980704085973

Dimana Program Matrikulasi Dilaksanakan?

Program Matrikulasi dilaksanakan di lima belas (15) buah kolej matrikulasi KPM dan dua (2) buah kolej

Mara seperti berikut:

  1. Kolej Matrikulasi Melaka, Londang.
  2. Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah.
  3. Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas.
  4. Kolej Matrikulasi Perlis, Arau.
  5. Kolej Matrikulasi Labuan, Merinding.
  6. Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.
  7. Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng.
  8. Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun.
  9. Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang.
  10. Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.
  11. Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Putih.
  12. Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching.
  13. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Pendang.
  14. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka.
  15. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian.
  16. Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang.
  17. Kolej MARA Kulim, Kulim.

Bagaimana keputusan matrikulasi anda? Mungkin ada yang kecewa dan mungkin ada yang gembira. Bagaimana pemilihan ke matrikulasi? Untuk pengetahuan sekiranya anda tidak berjaya mugkin ada beberapa perkara yang rendah kerana pemilihan ke matrikulasi adalah berdasarkan matrikulasi. Pengiraan merit mengambil kira 90% Akademik dan10% kokurikulum.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x