Semakan Tawaran PISMP 2015 Calon Gantian

1
0

Info ringkas ini bagi menyampaikan berita baik kepada yang kecewa tidak mendapat tempat ke PISMP baru-baru ini. Satu panggilan untuk calon gantian dibuka untuk semakan kini melalui aplikasi semakan online PISMP. PISMP iaitu kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ini merupakan satu peluang baik kepada mereka yang ingin menceburi bidang perguruan untuk masa akan datang.

Ketika ini beberapa institusi perguruan sudah mula menerima pendaftaran pelajar untuk kemasukan 2015. Namun demikian, ada calon yang tidak melaporkan diri mungkin mempunyai masalah tersendiri atau mempunyai pilihan lain yang lebih baik. Seperti sedia maklum, ramai yang memohon ke PISMP ini dan hanya sedikit sahaja yang diterima berdasarkan had pengambilan yang ditetapkan.

Baca Juga :  Tarikh Peperiksaan Awam 2017 dan Pentaksiran

Kebanyakan calon PISMP ini akan belajar bidang perguruan di Institut Perguruan dalam Negara dan akan mengambil masa sekitar 5 tahun sebelum bergelar seorang pendidik. Lepasan PISMP ini kebiasaanya lebih mudah mendapat tawaran mengajar di sekolah berikutan pengajian adalah dalam aliran dan pengurusan KPM. Namun demikian, faktor kecemerlangan dan syarat tamat pengajian perlulah dipatuhi untuk mendapat tempat disekolah.

Semakan Online PISMP calon gantian 2015

Semakan PISMP
Semakan PISMP

Bagi yang masih berharap untuk diterima bolehlah cuba membuat semakan online melalui aplikasi semakan online yang disediakan di https://smg.moe.gov.my/pismp2015/ bermula 30 Jun 2015. Semakan boleh dibuat dengan memeasukkan no kad pengenalan dan kata laluan di menu log in sebelah kanan atas aplikasi web.

Baca Juga :  Permohonan UPSI Lepasan SPM Ambilan November 2017/ 2018

Diharapkan anda adalah salah seorang yang diberi peluang kedua dan mendapat berita gembira. Walaupun ambilan ini adalah amat sedikit bagi memenuhi kekosongan, diharapkan anda adalah insane yang menerima berita gembira ini.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

1 COMMENT

Apa Komen Anda :