Bagi yang selama ini ternanti keputusan tingkatan 6, secara rasminya keputusan ke tingkatan 6 atau tawaran ke tingkatan 6 telah mula boleh disemak secara online. Bagi yang tidak Berjaya anda juga boleh membuat rayuan melalui borang dan manual permohonan yang disediakan.
Semakan online tawaran tingkatan 6
Untuk membuat semakan online anda boleh terus ke aplikasi semakan yang disediakan ( maklumat lanjut )
Untuk tindakan, Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan. Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran , surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 05 MEI 2015.
- Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan.
- Bagi calon yang mengambil SPM Ulangan, permohonan rayuan ke Tingkatan Enam hanya boleh dibuat pada sesi kemasukan Tahun 2016.
Rayuan Kemasukan Tingkatan 6
Sekiranya anda tidak Berjaya, anda boleh membuat rayuan ke tingkatan 6 melalui borang yang disediakan serta mengikut tatacara permohonan yang disediakan KPM ( Maklumat Lanjut )
Maklumat lanjut dan syarat kemasukan tingkatan 6
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tingkatan 6 ini, anda bolehlah terus ke Laman rasmi semakan tawaran tingkatan 6.
Semoga peluang yang diberikan kali ini digunakan dengan sebaiknya dan mampu memberikan lebih harapan untuk Berjaya kelak. Memilih tingkatan 6 juga merupakan keputusan yang bijak kerana ia adalah salah satu cara pantas untuk terus menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA mahupun IPTS.
Assalammualaikum . .
Saya sedang menunggu keputusan rayuan tingkatan 6 2015/2016 bila kah tarikh semakkan rayuan keluar?