Semakan temudga UPU 2021 lepasan STPM/ SPM sudah di umumkan pada 8 JULAI 2021 (khamis). Justeru itu, calon yang sudah memohon bidang ynag perlu ditemuduga WAJIB menyemak semula sama ada anda berjaya atau tidak ke temuduga tersebut. Sekiranya ya, maka anda perlu membuat bebrapa persiapan untuk menghadiri temuduga TERUTAMANYA pada musim pandmeik ini.
PERINGATAN!!!
Semakan temuduga UPU 2021 Lepasan STPM/ SPM hanya bagi mereka yang memohon bidang yang perlu di temuduga sahaja BUKAN keputusan penuh UPU.
***TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA CALON YANG BERJAYA UNTUK MENGHADIRI TEMUDUGA***
Semakan Temuduga UPU 2021 Lepasan STPM/SPM
Keputusan semakan temuduga UPU 2021 Lepasan STPM/ SPM sudah boleh disemak pada 8 JULAI 2021 (khamis) yang lalu. Tetapi pasti masih ramai yang TIDAK ketahui carra untuk menyemak keputusan tersebut.
Antara cara untuk menyemak keputusan temuduga UPU 2021 adalah:-
Sebagai langkah keselamatan untuk menghadiri sesi temuduga ini, anda DINASIHATI untuk menghubungi dahulu pihak Universiti untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan dengan SOP temuduga dll. Justeru itu, amatlah penting untuk anda menghubungi pihak universiti bagi mengelakkan segala kecelaruan yang ada.
Tips untuk menghadiri temuduga
Setiap kali menghadiri temuduga pasti ramai yang berasa gugup atau takut. Hal ini biasa berlaku kerana ianya adalah tindak balas tubuh apabila terkejut. Justeru itu, anda boleh ikuti tips ini untuk menghadiri temuduga bagi menghilangkan sedikit rasa gugup atau takut ini.
Antara tips untuk menghadiri temuduga adalah seperti:-
1) Berketerampilan


Pakaian yang di gunakan adalah seperti:-
- Kemeja lengan panjang (lelaki atau perempuan)
- Seluar slack hitam
- Baju kurung
- Skrit WAJIB bawah lutut berwarna hitam agar kelihatan bekerterampilan
2) Berkeyakinan dan fokus dengan apa yang hendak ditemuduga
Berkeyakinan di sini bermaksud anda menjawab soalan yang diberikan dengan penuh keyakinan. Walaubagaimana sekalipun, jawapan yang diberikan haruslah mennepati piwaian yang dikehendaki oleh pihak penemuduga.
3) Berpengetahuan berkenaan dengan bidang yang bakal di temuduga
Dalam erti kata yang mudah, pengetahuan am dan khusus dalam bidang yang anda pohon itu amatlah PENTING. Selaian daripada dua soalan ini, terdapat juga soalan bebas yang bakal di tanya oleh pihak penemuduga dan kebiasaanya soalan bebas ini merupakan soalan KBKK dan boleh menyediakkan kepelbagaian jawapan menerusi pemikiran anda. Sekiranya anda benar-benar melakukan ulangkaji dalam bidang yang anda pohon maka ianya mudah untuk anda memberikan jawapan.
Antara pengetahuan semasa adalah seperti:-
a) Isu semasa
- Berkenaan isu semasa penyakit COVID -19
- Apa itu yang dimaksudkan PKP/ PKPD/ PKPP
- Apa itu mutasi
- Apa yang dimaksudkan dengan Herd Imuniti dan Mengapa kita perlu mencapai herd imuniti
b) Kementerian yang melibatkan bidang yang anda pohon
c) Dasar atau plan masa panjang kementerian tersebut
4) Kemahiran komunikasi
Kemahiran komunikasi ini PENTING kepada calon yang menghadiri temuduga pendiidkan khusunya. Hal ini disebabkan, temuduga ini memainkan peranan penting dalam berkomunikasi dengan orang ramai termasuklah pelajar mahupun ibu bapa. Justeru itu, sebelum menghadiri temuduga pastikan anda boleh berkomunikasi dengan baik.
PERINGATAN!!!
Tips ini adalah merupakan salah satu laluan atau kayu ukur untuk anda menghadiri temuduga. Walaubagaimana sekalipun, anda WAJIB ketahui kateria bidang yang anda mahukan.
Dalam setiap bidang yang melibatkan temuduga, kemahiran komunikasi ini SANGAT PENTING. Justeru itu, pastikan aspek penting yang bakal di nilai oleh penemuduga semasa anda berkomunikasi.
Tips Tambahan Temuduga
Antara tips tambahan ketika anda menghadiri temuduga adalah:-
- Sekiranya anda TIDAK pasti berkenaan dengan soalan yang diajukan, ELAKKAN mengatakan “tidak tahu’ gantikan jawapan dengan “tidak pasti”
- Jika anda tidak tahu langsung akan soalan yang di ajukan maka anda u cuba menjawab bagi terlihat anda berusaha untuk menjawab walaupun salah
- PASTIKAN anda sentiasa senyum agar terlihat jujur TAPI ELAKKAN anda daripada terlihat seperti berlakon
Diharapakan setiap perkongsian yang diberikan dapat membantu calon yang bakal menghadapi sesi temuduga dengan tenang. Sebelum menghadiri temuduga berdoalah dahulu kepada ALLAH agar setiap satu yang dilakukan itu mendapat Redha dan Rahmat daripada ALLAH.
***SELAMAT MAJU JAYA KEPADA CALON TEMUDUGA***
Rujukan :-
Facebook UPUONLINE