Adakah anda berjaya memasuki tingkatan 6? Semakan tingkatan 6 telahpun dibuka dan ianya memberikan peluang dan azam baru untuk mereka yang menyimpan hasrat ke Universiti. Untuk membuat semakan tingkatan 6 perlulah ke aplikasi ( semakan tingkatan 6 ).
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 04 MEI 2016.
Mungkin bagi pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang juga akan ditawarkan ke tingkatan 6 ini. Tawaran ini terbuka kepada semua pelajar yag layak lepasan SPM 2015 sebelum ini. Bagi yang tidak bernasib baik boleh juga membuat rayuan menerusi borang rayuan yang disediakan. Cuba baca maklumat yang diberi dalam borang dengan baik kerana ada juga dinyatakan bagaimana untuk membuat rayuan dan kemana harus borang tersebut dikembalikan untuk penilaian seterusnya.
Apa kelebihan tingkatan 6 ?
Soalan ni selalu juga ditanya kerana pelajar kini mudah untuk mendapat tawaran lain terutama kolej Swasta. Kadangkala pelajar cemerlang akan mendapat 3-5 tawaran serentak dan pastinya sukar untuk membuat keputusan. Kami ada membuat sedikit perbandingan dan ianya mungki sesuai untuk pertimbangan pelajar. Boleh cuba rujuk penulisan kami sebelum ini berkaitan tingkatan 6 ini ( maklumat Lanjut )
Pemilihan kemasukan tingkatan 6
Untuk pengetahuan, pemilihan ke tingkatan ini mempunyai kaedah yang sama iaitu mengira jumlah mata gred 3 mata pelajaran terbaik. Sekiranya 3 mata gred mata pelajaran terbaik melebihi yang ditetapkan boleh menyebabkan panggilan atau rayuan tingkatan 6 tidak dapat diterima.
Jumlah maksimum mata gred pula tidak sama kerana ia mengikut aliran seseorang pelajar itu. Sebagai contoh:
- Jurusan kemanusiaan sekolah menengah harian tidak melebihi 12 unit
- Jurusan kemanusiaan sekolah agama pula 14 unit
Setiap perbezaan aliran atau jenis sekolah juga mengubah gred maksimum. Hal ini kerana terdapat kelainan mata pelajaran dan tahap kesukaran mata pelajaran tersebut.
Dimana tempat mendapatkan surat tawaran tingkatan 6
Untuk pengetahuan, surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun.
Apa perlu dibuat sekiranya tidak berjaya?
Perkara utama perlu buat rayuan terlebih dahulu, jangan mudah putus asa kerana mungkin masih ada kekosongan untuk kemasukan tingkatan 6 di sekolah semasa. Hal ini kerana, setiap kali permulaan tingkatan 6 rendah banyak juga pelajar yang mengambil keputusan bertukar arah. Kebanyakan akan pergi ke university awam dan ada juga ke kolej swasta. Jika ada kekosongan mungkin akan diterima masuk tingkatan 6.
Bagi yang berjaya, peluang diterima tingkatan 6 ini merupakan peluang emas untuk pelajar buktikan kejayaan anda. Peluang tingkatan 6 ini merupakan peluang terakhir untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Ambil lah peluang yang diberikan ini dengan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang lebih baik.