Bagi calon yang telah membuat permohonan UPU sebelum ini, semakan UPU online telah dibuka. Keputusan UPUOnline bagi lepasan SPM sesi akademik 2019/2020 ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA.


Semakan boleh dibuat pada 5 MEI 2019 bermula jam 12:00 Tengah Hari hingga 11:59 Malam, 12 Mei 2019.
Anda boleh menyemak status keputusan permohonan melalui 4 kaedah berikut:
1) Internet :
- https://jpt.utm.my
- http://jpt.uum.edu.my
- https://jpt.unimas.my
- http://jpt.ums.edu.my
- http://jpt.umt.edu.my
2) Talian Hotline UPU: 03-8870 8200
3) UPUPocket 2.0
4) Semakan menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) 15888
Diharapkan permohonan anda berjaya dan menepati pilihan anda sebelum ini, bagi yang tidak berjaya jangan bimbang kerana rezeki melanjutkan pelajaran adalah terbuka ketika ini. Selain itu, ada banyak lagi cara untuk berjaya.