Sembunyikan Kesalahan Dengan Bela Diri

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Sembunyikan Kesalahan Dengan Bela Diri 1

Membela diri bukan sahaja meliputi aspek fizikal semata-mata, kadangkala perlu untuk kita membela diri kita melalui perasaan yang kita rasa. Terdapat pelbagai niat untuk membela diri, samaada untuk tujuan negatif ataupun positif. Membela diri untuk tujuan memanipulasi orang lain ataupun memusnahkan diri sendiri merupakan bela diri yang sangat tidak bersesuaian. Namun demikian ada bela diri yang boleh memberi kebaikan kepada diri ataupun orang sekeliling.

Mungkin ada antara kita yang pernah menggunakan bela diri jenis sublimasi, jenis ini akan cuba menukar kesedihan, kekecewaan dan kegagalan yang dialami kepada sesuatu yang mengembirakan dan positif. Mungkin kita pernah gagal dalam peperiksaan dan cuba melupakan kegagalan itu dengan keluar bersiar-siar semata-mata untuk melupakan masalah itu.

Ada antara kita pula akan mula fikirkan fakta atau penjelasan lain untuk mengaburi orang lain semata-mata untuk menghilangkan rasa bersalah dan malu terhadap sesuatu kesalahan yang telah dilakukan. Jenis rasionalisasi ini akan sentiasa cuba memperbetulkan keadaan walaupun hakikat dirinya yang bersalah.

Jenis pemindahan pula ialah yang suka memindahkan perasaan yang kurang senang kepada sesuatu itu kepada melihat dan mengamati sesuatu yang lain yang difikirkan indah dan dapat mengembirakan hati. Kadangkala kita akan lebih cenderung melihat sesuatu yang cantik supaya diri kita tidak rasa tertekan dengan kerja atau perkara yang kita tidak puas hati.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *