Senamrobik 1M1S 1 Malaysia 2012 dan Sijil Penyertaan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Senamrobik 1M1S 1 Malaysia 2012 dan Sijil Penyertaan 1
Senaman 1M1S 1 Malaysia

Nampaknya Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia tahun 2012 telah pun berakhir dan ianya dijalankan seretak seluruh Malaysia pada selasa 10 Julai 2012 pukul 8 pagi. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia  sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan.  Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam  Malaysia Book of Records  (MBR) sebagai  “Largest  Simultaneous  Participation of School Students In An Aerobic Session”.  Secara keseluruhan senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM.  Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti senamrobik yang dianjurkan.

Dua rekod pencapaian senamrobik sebelum ini :

  1. “Largest Children Aerobic Session” yang berlangsung di Lumut Perak pada 27 Disember 2003 dan melibatkan penyertaan seramai 8,123 orang.
  2. “Largest Participation In An Aerobic Session  anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 15 Jun 2003 yang melibatkan penyertaan seramai 157,574 orang.

Tujuan Aktiviti dijalankan

  • Meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan;
  • Melibatkan penyertaan semua murid;
  • Mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;
  • Mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;
  • Meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;
Senamrobik 1M1S 1 Malaysia 2012 dan Sijil Penyertaan 2
Senaman

Sijil Penyertaan dan Penghargaan 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 1M1S 2012

Setiap peserta akan diberikan sijil yang mana sijil penyertaan boleh dimuat turun di Laman rasmi Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pegawai yang bertugas pula juga diberikan sijil penghargaan juga boleh dimuat turun di laman yang sama.

Muat Turun :

Untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap tentang Kertas konsep, Panduan perlaksanaan, Buku program, Banner, Bunting, Backdrop, Design T-Shirt, Surat siaran Video senamrobik bolehlah dimuat turun di SINI.

Bagaimana dengan situasi senaman ditempat anda? mungkin ia menyeronokkan, pastinya letih, tapi yang penting Sihat..

Sumber : Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top