Senarai Permohonan Biasiswa 2021/2022 Lepasan STPM/ SPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Senarai permohonan biasiswa 2021/2022 lepasan STPM/ SPM sudah boleh membuat permohonan. Tajaan biasiswa ini bertujuan untuk membantu kewangan para pelajar yang cemerlang dari segi pendidikan. Justeru itu, bagi pelajar lepasan STPM/ SPM anda perlu ketahui beberapa tajaan biasiswa yang ditawarkan untuk anda menyambung pengajian anda.

Senarai permohonan biasiswa 2021/ 2022 ini adalah senarai biasiswa yang ditawarkan bagi mereka yang mahu menyambung pengajian ke epringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master atau PHD. Juseteru itu, anda boleh mengkaji dahulu syarat am dan khas sesetengah biasiswa yang ditawarkan ini bagi memudahkan lagi urusan permohonan anda.

***SELAMMAT MAJU JAYA DALAM MEMBUAT PERMOHONAN BIASISWA***

Senarai Permohonan Biasiswa 2021/2022 Lepasan STPM/ SPM

Disini kami akan berkongsikan serba sedikit berkenaan dengan senarai permohonan biasiswa 2021/2022 lepasan STPM/ SPM yang ada. Setiap syarat permohonan biasiswa ini adalah berbeza-beza maka anda perlu mengkaji syarat-syarat permohonan biasiswa 2021/2022.

Antara senarai permohonan biasiswa 2021/2022 lepasan STPM/ SPM adalah:-

1) Biasiswa Bank Negara Malaysia

Senarai Permohonan Biasiswa
Woman wearing gown raising hand with success Bachelor Degree of University: Pelajar Tajaan Biasiswa Bank Negara

Buat pengetahuan semua, Bank Negara Malaysia komited dalam memupuk bakat juda Malaysia menerusi Program Biasiswa dari Bank Negara.

TAHUKAH ANDA!!!

Biasiswa ini akan memberi kemudahkan kepada pemegang biasiswa kami akan mempunyai akses kepada pengalaman pembelajaran terbaik di Univeristi teratas mengikut senarai Universiti yang telah diluluskan oleh pihak Bank Negara.

Antara bidang yang di luluskan oleh pihak Bank Negara adalah seperti:-

    • Ekonomi
    • Perakuan
    • Kewangan
    • Sains Aktuari
    • Matematik
    • Statistik
    • Sains Data
    • Undang-undang
    • Sains Komputer
Info Tambahan :  Bekerja dari Rumah: Cara Menjadi Produktif

Bank Negara ada menyediakan beberapa Jenis Biasiswa dan setiap biasiswa tersebut mempunyai syarat yang berbeza. Antara jenis Bisiswa yang disediakan adalah:-

  • Biasiswa Kijang

Biasiswa kijang ini diberikan kepada indidvidu yang layak mengikuti program pra-univeristi. Walaubagaimana sekalupun, individu tersebut haruslah melepasi target yang disanakan iaitu:-

    • MINIMUM 8A’s (A dan A+ sahaja) dalam peperiksaan SPM 2020
    • TIDAK MELEBIHI 19 tahun pada 1 JULAI 2021
  • Biasiswa Undergraduate

Biasiswa Sarjana ini diberikan kepada individu yang layak menerima tawarran untuk mengikuti atau sedang mengikuti pengajian siswazah. Walaubagaimana sekalipun siswazah perlu melepasi syarat minimum seperti:-

    • STPM/ A-Level sekurang-kurangnya 2 atau
    • Diploma/ Matrikulasi – Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) sekurang-kurangnya 3.50 atau
    • South Australia Matricul;ation – ATAR sekurang-kurangnya 85% atau
    • Program Yayasan Amerika – skor SAT1 sekurang-kurangnya 12000 atau
    • Bagi calon yang sedang mengikuti pengajian sarjana muda – CGPA semasa sekurang-kurangnya 3.50
    • LULUS SPM dengan 5 kredit termasuk mata pelajjaran Bahasa Malaysia, Bahasa inggeris dan matematik
    • Tidak melebihi 25 tahun pada 1 JULAI 2021
  • Biasiswa Postgraduate

Biasiswa pascasiswasah diberikan kepada individu yang layak dan telah menerima tawaran untuk mengikuti atau sedang mengikuti pengajian pascasiswazah. Bagi biasiswa ini, anda WAJIB melepasi syarat kelayakan permohonan biasiswa ini.

Permohonan biasiswa ini boleh dilakukan di laman web https://careers.bms.gov.my

2) Biasiswa Top Glove

 

Senarai Permohonan Biasiswa


Tahukah anda, pihak top glove akan menawarkan biasiswa top glove bagi mereka yang berkelayakan. Permohonan biasiswa ini boleh dilakukan menerusi laman web Top Glove di https://www.topglove.com

Disini, kami akan berkongsikan serba sedikit berkenaan dengan syarat kelayakan permohonan biasiswa ini. Antara syaratnya adalah:-

  • SPM/ O-Level : 10A+/A dalam subjek berkaitan termasuk Bahasa Inggeris atau UEA 3A
  • STPM : PNGK minimum 3.5, pertimbangan berdasarkan subjek-subjek yang berkenaan
  • Telah mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian di univeristi awam tempatan
  • Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum
  • Belum mendapat tajaan biasiswa/ pinjaman pelajaran daripada organisasi lain (termasuk PTPTN).
Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

TAHUKAH ANDA!!!

Nilai tajaan yang disediakan oleh pihak Top Glove adalah sebanyak RM13,000 setahun. Bidang pengajian adalah bagi pelajar tajaan engineering/ scineces dan accounting, commerce and finance.

3) Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Senarai Permohonan Biasiswa

Bagi pelajar lepasan STPM/ SPM yang baru sahaja berhajat untuk mendapatkan tawaran biasiswa untuk menyambung penagjian, anda DIGALAKAAN untuk melakukan permohonan di manna-mana pihak NGO yang sedia untuk menyediakan tajaan biasiswa itu.

Bagi calon atau pelajar lepasan STPM/ SPM yang berminat untuk membuat permohonan biasiswa PNB ini anda boleh terus melayari laman web ini https://www.pnb.com.my

Antara syarat-syarat biasiswa PNB yang pemohon WAJIB penuhi adalah:-

  • Memperolehi Gred MINIMUM 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), A- TIDAK DIAMBIL KIRA sebagai Gred MINIMUM 8A
  • Memperolehi Gred MINIMUM 2A bagi subjek Bahasa Inggeris SPM
  • Umur TIDAK MELEBIHI 19 tahun pada 1 JANUARI 2021
  • Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan, mempunyai kualiti kepimpinan serta semangat kerja berpasukan yang tinggi
  • Mempunyai kemahiran insaniah dan komunikasi yang cemerlang 
  • TIADA mana-manna keluarga terdekat atau yang sedang menerima mana-mana Anugerah Biasiswa daripada PNB

PERINGATAN!!!

PERMOHON yang berjaya akan mengikuti pengajian persediaan di Kolej Persediaan dalam Negara yang telah ditetapkan oleh PNB sebelum menyumbang pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti yang telah ditetapkan oelh PNB berdasarkan kelulusan PNB.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda lebih alert lagi untuk ketahui beberapa senarai permohonan biasiswa 2021/2022 lepasan STPM/SPM. JANGAN pernah berputus asa sekiranya anda tidak mampu untuk menyambung pengajian kerana setiap satu kesusahan pasti ada jalan penyelesaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *