Senarai Course Yang Senang Dapat Kerja

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Bukan mudah mendapat pekerjaan kini, anda perlu tahu course yang senang dapat kerja supaya anda tidak membazirkan banyak tenaga dan wang ringgit. Anda perlu sedar trend kekosongan pekerjaan kini semakin merosot. Trend merosot ini boleh dilihat pada pekerjaan popular tetapi banyak lagi peluang pekerjaan kurang popular yang masih mempunyai kekosongan. Ada banyak pilihan pekerjaan, pekerjaan yang difikirkan selesa menjadi rebutan sebaliknya pekerjaan yang difikirkan penat pula tidak digemari.

Course Yang Senang Dapat Kerja
Course Yang Senang Dapat Kerja

Apa yang berlaku kini, ketidakseimbangan pemohon pekerjaan pada bidang tidak popular ini mempunyai banyak kekosongan dan kebanyakan diisi oleh warga asing.

Kenapa perlu memilih course yang senang dapat kerja ?

Pendidikan lanjut kini bukan semudah dulu dan kos pengajian juga semakin meningkat. Oleh kerana itu, kebanyakan pelajar mula memilih course pengajian supaya tidak menyesal kemudian hari. Terdapat beberapa tips memilih course pengajian yang perlu anda kenalpasti iaitu :

  • Pasaran kerja – Pastikan anda memilih pengajian yang mempunyai pasaran kerja yang besar.
  • Kos – Pastikan kos pengajian tidak terlalu mahal
  • Tempoh masa – Pastikan masa pengajian tidak terlalu lama kerana ia merugikan umur dan semakin lama masa belajar semakin tinggi kos pengajian dan sara hidup.
  • Kesukaran pengajian – Setiap pelajaran mempunyai kesukaran tersendiri, namun demikian sekiranya dapat mencari pengajian lebih mudah dipelajari memberi bonus pada pelajar.
  • Kemudahan – Kemudahan dalaman institusi dan kemudahan luaran institusi juga perlu di pertimbangkan untuk memberi keselesaan pada pelajar.

Course Senang Dapat Kerja

Untuk kali ini , kami kongsikan 6 Course yang senang dapat kerja berdasarkan pengalaman kami setiap tahun berhadapan dengan pelajar dan kemasukan pelajar dan kerjaya :

Kursus Berkaitan Kemahiran

Pilihan ini kami letakkan di tempat pertama kami, jika dahulu bidang perubatan menjadi pilihan kami, tetapi bidang perubatan mempunyai koata sendiri dan mula ada pengangguran. Bagi kami, course bidang kemahiran mempunyai kelebihan kerana ia bukan sahaja boleh masuk ke jabatan kerajaan tetapi juga boleh diserap ke bidang swasta termasuk kerja sendiri.

Bidang kemahiran yang lebih bernilai tinggi adalah pengajian yang berdasarkan lebih praktikal berbanding teori. Antara course yang popular dalam kemahiran in termasuk berkaitan seni bina, landskap, hiasan dalaman & luaran, Automotif, penyejuk bekuan, kimpalan, mekanikal, elektrik, elektronik dan banyak lagi.

Perubatan/pergigian

Bidang perubatan dan pergigian ini merupakan pilihan popular, peluang pekerjaan bidang perubatan makin meningkat setiap hari tetapi banyak perkara perlu dipenuhi untuk betul-betul layak menjadi pegawai perubatan. Peluang kerja pula terhad kepada institusi-institusi perubatan sedia ada dan pelajar juga boleh membuka klinik sendiri jika berpengalaman dan memenuhi syarat kelayakan lesen.

Pendidikan

Bidang pendidikan sememangnya menjadi rebutan kerana ia dikatakan bidang paling selamat, mudah dan selesa. Apa yang difikirkan tidak seindah situasi sebenar bidang pendidikan kini. Tanggapan tersebut membuatkan ia popular dan menjadi rebutan terutama negeri-negeri di pantai timur. Sejak akhir ini, pengambilan ke bidang pendidikan jelas dikurangkan kerana kemasukan perlu ditemuduga dan melepasi ujian kelayakan Medsi. Selain itu, ada juga pelajar yang masih belum ditempatkan atas pelbagai sebab. Kebanyakan institusi pendidikan mula menawarkan pengajian bidang pendidikan bersifat terbuka Open Market 

Berkaitan ketenteraan

Melanjutkan pengajian dalam bidang ketenteraan juga pilihan yang bagus. Kebiasaannya institusi seperti pusat latihan dan UPNM memudahkan pelatihnya untuk terus diserap menjadi pegawai dan anggota. Pelajar juga tidak dikecualikan untuk melepasi ujian-ujian fizikal dan akademik yang ditetapkan.

Grafik IT

Perkembangan dunia grafik dan IT kini begitu pesat, belajar dalam bidang grafik terutama animasi memudahkan tawaran pekerjaan ataupun pelajar boleh mengusahakan sesuatu perisian atau permainan yang kemungkinan bernilai tinggi.

Marketing

Jika anda perhatikan kini berlaku perubahan besar pada iklim perniagaan semasa. Kini terlalu ramai orang ingin berniaga sedangkan perniagaan tidak akan berjaya jika tidak ada teknik marketing yang betul. Anda boleh tawarkan perkhidmatan marketing yang lebih kreatif kepada penjual yang ada dan mengambil upah dari pengiklanan yang anda lakukan.

Kesimpulan

Sebenarnya ada banyak lagi peluang dan course yang mudah dapat kerja. Apa yang dibincangkan tidak semestinya tepat kerana ia berubah mengikut trend dan keadaan semasa. Apa yang penting, pelajar perlu sentiasa update pengetahuan dan banyak bertanya kepada individu yang pakar .

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here