Mengikut rekod kami sebelum ini, terdapat beberapa senarai Institusi yang pernah menawarkan biasiswa pengajian terutama pengajian lepasan SPM sehingga Ijazah lanjutan. Kebiasannya pelajar akan cenderung untuk memohon PTPTN untuk menampung pengajian dan tawaran Universiti yang ada, PTPTN adalah pinjaman dan perlu dibayar balik kecuali ia akan ditukarkan ke biasiswa jika mendapat pointer tinggi di akhir pengajian.
Altenatif lain jika pelajar tidak mahu meminjam bolehlah cuba untuk memohon biasiswa, biasiswa ialah bantuan pengajian yang tidak perlu dibayar semula. Kebiasaanya biasiswa memerlukan kriteria tersendiri dan perlu ditapis dahulu kerana ianya terhad. Kebanyakan penyedia biasiswa akan menetapkan kontrak tempoh kerja bersama institusinya setelah tamat pengajian. Kecenderungan pemberian dan kelulusan biasiswa adalah bagi pengajian kritikal iaitu pengkhususan yang diperlukan di institusi.
Hasil dari rekod kami tahun sebelumnya, terdapat banyak institusi yang menawarkan biasiswa. Untuk kali ini, kami tidak sertakan permohonan kerana pelajar perlu bertanya sendiri bila ia ia dibuka. Hal ini kerana kebanyakan institusi hanya membuaka permohonan dalam tempoh terhad dan mempunyai syarat tetrtentu. Pelajar perlu peka dan sentiasa bertanya melalui cadangan institusi yang kami berikan untuk mendapatkan maklumat terkini permohonan biasiswa dibuka.
Senarai Institusi menawarkan biasiswa pengajian
- JPA: http://esilav2.jpa.gov.my/
- MARA: http://www.mara.gov.my/
- Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP): http://www.ypm.org.my
- Tun Rahah Scholarship Fund: http://www.yayasancemerlang.org.my/
- UEM: http://www.uem.com.my/social/scholarship.html
- Sime Darby: http://www.simedarby.com/
- SCM: http://www.sc.com.my/
- TNB: http://yayasan.tnb.com.my/sam/
- TM: http://ytm.tm.com.my/
- PNB: http://www.pnb.com.my/
- Shell: http://www.shell.com.my/
- Yayasan Pelajaran Mara: http://jadypm.edu.my/
- JAKIM: http://www.islam.gov.my/
- Biasiswa Tunku Abdul Rahman: www.yayasantar.org.my
- Felda Johore Bulker Sdn Bhd: www.feldaholdings.com
- Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah: www.sabah.gov.my/jpan
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak: www.psc.sarawak.gov.my
- Biasiswa Kerajaan Negeri sabah: www.biasiswa.sabah.gov.my
- Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan: www.maiamp.gov.my
- Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak: www.perak.gov.my
- Majlis Agama Islam Negeri Johor: www.maij.gov.my
- Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor: www.selangor.gov.my
- Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN): tapem.melaka.gov.my
- Gamuda Berhad: www.gamuda.com.my
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan: www.jkmwpkl.gov.my
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja: www.kwsp.gov.my
- Lembaga Zakat Selangor: www.e-zakat.com.my
- Bank Rakyat Malaysia Berhad: www.yayasanbankrakyat.com.my
- Pusat Zakat Sabah: www.zakat.sabah.gov.my
- Tabung Baitulmal Sarawak: www.tbs.org.my
- Yayasan Negeri Sembilan: www.yns.gov.my
- Skim Biasiswa National Science: www.masduke.net/download/nsf.doc
- Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia: www.mosti.gov.my
- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO): www.perkeso.gov.my
- Sarawak Shell Berhad: www.shell.com.my
- Sapura Industrial Berhad: www.sapuraindustrial.com.my
- Terengganu Advanced Technical Institute: www.tatiuc.edu.my
- Yayasan Felcra: esistem felcra.com.my/yayasan/?index.html
- Yayasan Pahang: www.yp.org.my
- Yayasan Sabah: www.ysnet.org.my
- Yayasan Selangor: www.yayasanselangor.org.my
- Yayasan Tenaga Nasional Berhad: yayasan.tnb.com.my
- Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN): www.yakin.kelantan.gov.my
- Yayasan Terengganu: www.ytrg.terengganu.gov.my
- Yayasan Pelajaran Johor (YPJ): www.johordt.gov.my/ypj
- Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman: yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf
- Yayasan Pelajaran MARA: http://www.ypm.org.my/index
Setiap tahun cara permohonan dibuka serta syarat akan berubah, apa yang penting pelajar perlulah sentiasa pantau laman web yang diberikan serta menghubungi hotline yang ada pada institusi untuk bertanya berkaitan permohonan biasiswa. Untuk pengetahuan, kebiasannya biasiswa ditawarkan pada pelajar yang mempunyai keputusan pengajian cemerlang. Namun demikian ada juga biasiswa yang diberikan kepada golongan sederhana tetapi lebih diutamakan yang layak dibantu.