Pemilihan ini mungkin ada sebab tersendiri memandangkan persaingan sengit dunia pekerjaan kini hingga kadangkala minat itu diketepikan hanya untuk mendapatkan kerja. Pelbagai alasan kenapa perlu memilih pengajian yang mudah dapat kerja antara alasan paling popular ialah kos pengajian yang tinggi dan pinjaman yang dilakukan perlu diselesaikan selepas tamat pengajian membuatkan pelajar cenderung memilih kursus yang mudah untuk dapat kerja.
Trend Memilih Kursus Susah Dapat Kerja
Sebelum kami mengulas lanjut senarai kursus universiti yang susah dapat kerja, anda perlu tahu tentang sifat manusia dan pengaruh memilih manusia ini sebenarnya dipengaruhi trend. Jika sesuatu kursus itu menjadi trend, maka ramailah akan mengikut atau menolak kursus tersebut. Hal ini sebenarnya boleh mengubah kekosongan sesuatu pekerjaan untuk tempoh masa 4-5 tahun akan datang.
Sebagai contoh, jika dikatakan kursus pengajian komputer ramai yang menganggur, pastinya sekarang akan menjadi trend dan pastinya akan kurang orang memohon kursus tersebut sehinggakan kursus tersebut kemungkinan akan kurang graduannya selepas 4-5 tahun akan datang. Seperti sebelum ini terbukti bila negara mengutamakan sains dan teknologi beberapa tahun sebelum ini sehingga kini berlaku lambakan graduan tersebut.
Oleh itu, anda perlu bijak membuat kajian pasaran dan pastikan kajian anda itu mengambil kira pengaruhnya untuk 5 tahun akan datang. Faktor trend dan kecenderungan memilih perlu anda fikir-fikirkan. Kenapa 5 tahun akan datang? Jawapan yang mudah, untuk kursus seperti ijazah sarjana muda, apa yang berlaku sekarang hasilnya akan keluar 5 tahun akan datang.
Senarai Pengajian Susah Dapat kerja
Kami tertarik dengan satu statistik pemohon kerja yang dikeluarkan Jobstreet.com . Statistik yang di keluarkan jobstreet.com boleh diguna pakai kerana laman web tersebut ialah laman web mencari pekerjaan. Melalui pendaftaran pencari kerja, kelulusan pemohon dapat dibandingkan dengan kadar mendapat kerja serta tawaran kerja pemohon yang boleh di realisasikan dalam bentuk graf. Graf yang dikeluarkan mungkin boleh memberi gambaran trend yang berlaku dalam situasi mencari pekerjaan semasa.
Jika dilihat dari graf yang disertakan sumber, kesemua pengajian yang disenaraikan hanya mencatatkan paling tinggi 30% sahaja yang dapat bekerja mengikut pengajian yang diambil. Selebihnya 70% terpaksa mencari pekerjaan diluar pengajian yang diambil.
3 pengajian yang paling susah dapat kerja termasuk :
- Political Science
- Humanities/ Liberal Art
- Science & Technology
Dari graf juga terdapat 2 kursus pengajian yang terlalu ramai mengalami lebihan penuntut berbanding geraduan yang bekerja iaitu bidang Humanities/ Liberal Art dan Science Technology.
Kesimpulannya, apa yang digambarkan berdasarkan statistik tidak semestinya tepat untuk akan datang. Ia boleh menjadi trend dan mungkin boleh berubah sebaliknya. Apa yang perlu anda lakukan ialah membuat kajian pasaran kerja serta perlu mempunyai perancangan lain selepas menamatkan pengajian. Graduan yang bijak adalah mempunyai banyak perancangan masa depan kerjaya selepas menamatkan pengajian.
Graduan yang bijak adalah mempunyai banyak perancangan masa depan kerjaya selepas menamatkan pengajian
Apa pun pengajian yang kita pelajari pastikan mempunyai minat mendalam kerana minat yang baik boleh meningkatkan motivasi belajar sehingga dapat menghasilkan kualiti pembelajaran. Anda perlu ingat, pengambilan kerja juga mengutamakan kualiti kelulusan anda dan usaha serta kemahiran yang anda telah lakukan.
4 thoughts on “Senarai Pengajian Kursus Susah Dapat Kerja”
Kejuruteraan awam susah dapat kerja, tapi kna ada kemahiran lain termasuk pengalaman baru skrg ni dah diterima
Aku dulu result ijazah xtinggi, tapi bila da pengalaman terus dapat kerja
Belajar kos tinggi, masa lagi bazir, pastu pilih kerja. memang menganggur la
Tengok keadaan, kalau terlalu jauh lari dengan jurusan perlu juga memilih. Sebab pengalaman kerja perlu ditambah.