Senarai Permohonan Biasiswa 2021/ 2022 Lepasan SPM & STPM Setaraf ada banyak dan setiap senarai ini mampu membantu calon untuk mendapatkan biasiswa. Setiap satu permohonan ini dapat membantu dan membuka peluang pelajar terutamanya B40 untuk menyambung pengajian tanpa menggunakan wang mereka sendiri.
***SENARAI PERMOHONAN BIASISWA INI BUKAN SAHAJA UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM/ STPM SETARAF TETAPI UNTUK TAHUN AKAN DATANG***
Senarai Permohonan Biasiswa 2021/ 2022 Lepasan SPM & STPM Setaraf
Antara senarai permohonan biasiswa 2021/ 2022 lepasan SPM & STPM Setaraf adalah seperti:-
1) Biasiswa The Star Education Fund
Pasti ramai yang masih tidak ketahui bahwa pihak the star ada mengeluarkan Biasiswa mereka sendiri. Nama tajaan biasiswa the star adalah The Star Education Fund.
Antara syarat kelayakan Biasiswa The Star Education Fund adalah seperti:-
- WARGANEGARA Malaysia yang berumur TIDAK LEBIH daripada 25 tahun
- Aktif dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum
- TIDAK menerima atau terikat dengan mana-mana biasiswa daripada mana-manna Institusi pendidikan atau organisasi
- Memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM atau setaraf dengannya (bagi kursus Asasi dan Diploma)
- Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam STPM atau setaraf dengannya (bagi kursus Ijazah Sarjana Muda)
Cara Permohonan Biasiswa The Star Education Fund adalah dengan cara :-
- Pemohon WAJIB memuat naik borang permohonan dari https://cdn.thestar.com.mt/Content/PDF
- Pemohon WAJIB melengkapkan borang pemohonan dan hantar ke alamat yang telah di nyatakan di borang
The Star Education Fund
Star Media Group Berhad
Menara Star
15 Jalan 16/11 Sectiob 16
46350 Petaling Jaya Selangor
- Pemohon yang sudah disenarai pendek sahaja akan di hubungi oleh pihak The Star
- Permohonan mestilah sampai dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan SPM atau STPM diumumkan
- Permohonan yang LEWAT TIDAK akan di layan
2) Biasiswa Yayasan Bank Rakyat
Antara syarat kelayakan biasiswa Yayasan Bnak Rakyat ini adalah:-
- WARGANEGARA Malaysia
- Umur calon berusia antara 18 tahun sehingga 30 tahun
- Calon adalah pelajar yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa
- Terbuka kepada pelajar Semester satu sahaja
- Keutamanan kepada calon yang mendapat keputusan akademik cemerlang prasiswazah iaitu CGPA sekurang-kurangnya 3.50
PEMBERITAHUAN!!!
Bidang pengkhusuan akan diberi keutamaan kepada mereka yang mengikuti pengajian dalam bidang perbankan dan perniagaan.
Permohonan Biasiswa boleh di buat menrusi Web Rasmi Yayasan Bnak Rakyat di https://application.yayasanbankrakyat.com.my Semakan keputusan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2021 akan diumumkan menerusi email atau laman web http://www.yayasanbankrakyat.com.my
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan Biasiswa YBR ini boleh terus menghubungi di talian:-
Yayasan Bank Rakyat
8th Floor, Tower 1
Menara Kembara Bank Rakyat
n0. 33, Jalan Rakyat
50470 Kuala Lumpur
03-2612 9600
[email protected]
3) Biasiswa Hong Leong Foundation
Biasiswa Hong Leong Foundation merupakana salah satu jenis Biasiswa yang disediakan oleh Yayasan Hong Leong. Justeru itu, pihak Yayasan Hong Leong telah meneydiakan dua jenis Biasiswa iaitu Biasiswa bagi mereka yang mhun menyambung pengajian ke peringkat :-
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
Antara syarat kelayakan permohonan adalah:-
- SPM : Minimum 8A (Termasuk A+ dan A-)
- UEA : Minimum 6A (termasuk A+ dan A-)
- STPM/ Matrikulasi/ A-Level/ Asasi
Diploma/ Ijazah PNGK Minimum 3.5 - WARGANEGARA Malaysia yang berusia 17-25 tahun
- Sudah membuat permohonan ke IPT atau sudah menerima tawaran kemasukan ke IPT atau sedang mengikuti program Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijzah Sarjana Muda dalam mana-mana institusi tempatan yang di iktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
PEMBERITAHUAN!!!
Bidang tajiaan yang DIDAHULUKAN adalah bidang perniagaa, komputer/ multimedia, perakauanan, Hospitaliti & pelancongan, Komunikasi, Sains Komputer/ IT, Keselamatan Siber, Kejuruteraan/ Arkitek, Matematik Kewangan.
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan Biasiswa ini boleh terus ke talian:-
Hong Leong Fundation
Jumpstart @ 65
Lecvel 3A, Lot 65 & 67
Jalan Tun HS Lee
50000, Kuala Lumpur
[email protected]
Diharapkan dengan adanya beberapa jenis Biasiswa ini dapat membantu pelajar yang sedang mencari tajaan untuk membuat permohonan penajaan pembelajaran.
Walaubagaimana sekalipun, tajaan akan disediakan bagi mereka yang mempunyai kelayakan sahaja. PASTIKAN anda benar-benar layak baru mula lakukan permohonan ianya bagi mengelakkan anda mengharap sesuatu yang tidak mungkin anda perolehi.