Anak-anak pasti terlebih teruja apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengistiharkan tarikh bermulanya persekolahan normal baru ini. Bukan apa, mereka pasti merindui kawan di sekolah kerana terlalu lama bercuti lebih lama berbanding cuti akhir tahun. Tetapi pasti akan berlakunya banyak drama bagi kanak-kanak yang berusia 7 tahun kerana tidak sampai 2 bulan bersekolah mereka telah di cutikan hampir 4 bulan. Pastinya mereka lebih senang berada di rumah berbanding pergi ke sekolah, tetapi bukan semua yang melakukan drama pasti ada juga yang teruja kerana sekolah telah dibuka.
Antara tarikh-tarikh penting buat ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah adalah:-
- 24 Jun 2020 sekolah akan di buka khas buat pelajar Tingkatan 5 & Tingkatan 6 sahaja
- 15 Julai 2020 sekolah akan di buka bagi pelajar:-
– Tingkatan 6 Semester 1
– Kelas Peralihan
– Tingkatan 1-4
– Tahun 5-6
- 22 Julai 2020 sekolah akan di buka bagi murid Tahun 1-4.
Tetapi tarikh kemasukan bagi mereka yang tinggal di asrama adalah berbeza berbanding dengan mereka yang bersekolah harian. Tarikh kemasukan pelajar berasrama adalah seperti berikut:-
- 15 Julai 2020 kelas bagi pelajar asrama akan di buka kepada pelajar :-
– Tingkatan 6 Semester 1
– Tingkatan 4
- 3 Ogos 2020 kelas asrana bagi pelajar asrama akan di buka kepada pelajar :-
– Tingkatan 1-3 ( pembelajaran secara home based learning sehingga 3 ogos)
Tarikh bagi kemasukan pelajar telah di istiharkan, jadi bermulalah kehidupan normal bharu bagi pelajar Sekolah Menegah mahupun murid Sekolah Rendah. Sebelum ini, mereka hanya perlu belajar di rumah tetapi sekarang mereka perlu hadapi sendiri kehidupan normal bharu di luar sana.
Antara Persiapan dan Persediaan yang perlu ibu bapa lakukan adalah:-
1) Menyediakan anak-anak penutup muka (face mask) ketika berada di sekolah.
Jenis penutup muka dan kepentingannya:


a) Penutup muka pembedahan (surgical mask).
Mampu mengurangkan jangkitan penyebaran virus bagi penutup muka pembedahan. Tujuaan frontliner menggunakan topeng muka pembedahan ini kerana ianya membantu menghalang dan melindungi titisan partikel kecil daripada terus masuk ke dalam mulut dan hidung si pengguna. Tetapi pengguna perlu menggunakan penutup mulut dengan cara yang betul agar ianya mampu berfungsi dengan betul sekiranya penggunaannya tidak betul maka ianya tidak dapat membantu menghalang titisa kecil daripada masuk ke dalam mulut dan hidung.
INFO!!!
Jangkahayat penggunaan penutup mulut pembedahan adalah 4-6 jam SAHAJA selepas itu disarankan untuk menukar penutup mulut kerana ianya sudah tidak efektif untuk menghalang dan melindungi titisan partikel kecil daripada masuk ke dalam tubuh badan.
PERINGATAN!!!
Penutup mulut TIDAK boleh diguna berulangkali kerana penggunaan berulangkali TIDAK mampu menghalang dan melindungi titisan partikel kecil daripada masuk ke dalam tubuh badan. Bagi mereka yang menggunakan penutup mulut 1 lapisan DISARANKAN untuk menggunakan penutup mulut sebanyak 2/3 lapisan.
b) N95
Penutup mulut N95 merupakan salah satu penutup mulut yang mampu membantu menghalang dan melindungi titisan partikel kecil daripada terus masuk ke dalam mulut dan hidung si pengguna sebanyak 95%.
Walaubagaimana sekali pun, N95 merupakan salah satu penutup mulut yang agak mahal berbanding penutup mulut pembedahan. Justeru itu, penggunaan penutup mulut pembedahan sudah memadai.
c) Penutup muka jenis kain
Penutup muka jenis kain ini sebenarnya tidak membantu menghalang atau melindungi diri daripada titisan kecil daripada masuk ke dalam mulut dan hidung si pengguna. Malahan, penggunaan penutup muka jenis ini memberi kesan yang buruk kepada pengguna kerana bakteria yang melekat pada permukaan kain tidak akan di tapis sepertimana penutup muka pembedahan.
Salah satu perkara yang dirisaukan bagi pengguna penutup muka jenis kain ini adalah titisan partikel yang lebih halus yang mampu sampai sehingga ke organ dalaman si pengguna tanpa di sedari kerana penutup mulut seperti ini tiada lapisan tapisan seperti penutup mulut pembedahan.
Sekarang pilihan di tangan ibu bapa, penutup mulut yang mana lebih selamat dan sesuai buat anak-anak anda.
2) Hand santizer


Penggunaan hand santizer ini digalakkan sekiranya di persekitaran TIADA air mahupun sabun. Tetapi perlu diingatkan hand santizer haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 70% alkohol.
3) Bekalan kesekolah
Bekalan makanan untuk pergi ke sekolah bukanlah salah satu Persediaan WAJIB bagi anak-anak di fasa normal bharu ini tetapi ianya merupakan salah satu alternatif pencegahan bagi mengelakkan anak-anak daripada bersesak-sesak di kantin Sekolah.
Opps, lupa makanan di kantikan telah disediakan di dalam bentuk bekalan dan DILARANG pelajar daripada makan di kantin. Ya, mereka memang tidak bersesak di kantin TETAPI sekiranya ibu mampu menyiapkan bekalan makanan untuk anak-anak, makanan yang mereka makan lebih sihat.
Di musim Pandemik seperti ini, amatlah disarankan kita untuk menyediakan makanan dirumah berbanding beli di luar. Makanan yang seimbang lebih baik buat imun sistem. “Pilihan di tangan anda”