Senarai Tempat Penentuan Puasa Melihat Anak Bulan Ramadhan Terkini Bagi 2011

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Senarai Tempat Penentuan Puasa Melihat Anak Bulan Ramadhan Terkini Bagi 2011 1
Anak bulan

Hari ini penentuan puasa bagi umat islam dengan melihat anak bulan akan dilakukan. Anak bulan dihitung dengan menggunakan cara rukhyah ataupun hisab. Majlis raja-raja telahpun menetapkan bahawa tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi semua umat islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad, 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 132 Hijrah.

Bulan ramadhan merupakan bulan yang ditunggu oleh umat islam bagi menambahkan lagi amalan kerana pada bulan ramadhan ujian yang diterima mampu meningkatkan kesedaran dan berkali ganda menerima pahala bagi mereka yang betul-betul memanfaatkankedatangan hari-hari pada bulan ramadhan nanti.

Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Tempat melihat anak bulan

Daripada kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah seperti :

  • Pontian Kecil di Johor;
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka);
  • Teluk Kemang (Negeri Sembilan);
  • Bukit Melawati (Selangor);
  • Pulau Angsa (Selangor);
  • Bukit Jugra (Selangor),
  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor);
  • Pantai Pasir Panjang (Perak);
  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang);
  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah);
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah);
  • Menara Alor Setar (Kedah).
  • Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu);
  • Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu);
  • Pulau Perhentian (Terengganu);
  • Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu),
  • Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan);
  • Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan);
  • Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
  • Tanjung Lubang, Miri (Sarawak);
  • Teluk Bandung, Kuching (Sarawak),
  • Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak);
  • Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah;
  • Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang);
  • Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang);
  • Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
  • Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan);
  • Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur);
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan
  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Semoga bulan puasa ini penuh keberkatan dan memberikan seribu kenangan manis serta berita gembira untuk mereka yang betul-betul menghayati kedatangannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *