Sesi pemilihan awal perajurit muda akan diadakan di tiga lokasi yang berikut. Kepada yang berminat untuk menjadi perajurit negara, anda boleh hadir untuk pemilihan awal perajurit muda lelaki dan wanita di tempat-tempat yang berikut :
1. Dataran Lipis, Lipis, Pahang pada 24 hingga 27 Oktober 2013
2. Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jln Putra, Kuala
Lumpur pada 26 Oktober 2013
3. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak pada 2 & 3
November 2013
Syarat atau kelayakan akademik ialah :
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik dan salah satu subjek Sains dan lulus Bahasa Inggeris atau
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang pertukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan kepujian dalam Bahasa Melayu peringkat SPM atau
Diploma dalam bidang Kejuruteraan atau Pembantu Perubatan / Kejururawatan / Jururawat Pergigian / Fisioterapi / Jurupulih Cara Kerja / Juruteknologi X-Ray / Pembantu Farmasi / Sains Veterinar atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan kepujian dalam Bahasa Melayu peringkat SPM atau
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Diploma dalam pelbagai bidang ( selain bidang yang disebut di atas ) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan kepujian dalam Bahasa Melayu peringkat SPM – kemasukan melalui skim SPM.
Syarat lain ialah :
Warganegara Malaysia. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah 11 April 2014.
Taraf perkahwinan. Bujang dan tidak pernah berkahwin (wanita sahaja).
Kes polis/mahkamah. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.
Kesihatan. Diperakui sihat dan tidak cacat anggota, tidak mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kronik, masalah pernafasan, masalah jantung, masalah mental, serta kecederaan teruk seperti patah anggota tubuh badan dan sebagainya.
Tidak cacat pendengaran dan penglihatan tidak rabun warna dan berkaca mata.
Syarat minima ukuran Fizikal :
Ukuran Lelaki Wanita
Tinggi 1.62 m 1.57m
Berat 47.5 kg 44.5 kg
BMI 18-25 18-25
Ukuran dada
Biasa 76 cm –
Kembang 81 cm
Dokumen dan sijil yang diperlukan semasa temuduga, pemohon perlu membawa dokumen asal dan satu salinan fotostat dokumen-dokumen seperti yang berikut :
- Kad Pengenalan Malaysia (MyKad)
- Sijil Daftar Kelahiran
- Sijil SPM/SPMV atau slip peperiksaan bagi calon yang menduduki SPM?SPMV pada tahun 2012 sahaja.
- Diploma dan transkrip (CGPA)
- Diploma Kejururawatan – sertakan bersama Sijil Peraturan-peraturan Pendaftaran Jururawat 1985 (Pindaan 27) – Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
- Sijil Berhenti Sekolah
- Fotostat Kad Pengenalan/Sijil Kematian (bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia).
- Surat nikah/Sijil Perkahwinan bagi yang telah berkahwin.
- Sekeping gambar berwarna berukuran passport yang terkini (tidak dikembalikan)
- Pen berwarna hitam
- Sampul surat Pos Ekspres ( Pos Malaysia berharga RM 3.00 )- saiz sampul 220 mm x 110mm beralamat sendiri.
Anda juga boleh merujuk di http://army.mod.gov.my atau www.mod.gov.my