Sesi Persekolahan Bersemuka SPM/ SVM 2020 Tamat 9 Februari 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Umum sudah ketahui bahawa calon SPM 2020 bakal menduduki kertas peperiksaan pertama mereka pada 22 Febuari 2021 ini. Justeru itu, sesi persekolahan bersemuka SPM/ SVM 2020 tamat 9 Februari 2021. Hal ini bagi memudahkan lagi urusan calon SPM/ SVM 2020 untuk melakukan persediaan dari awal agar mereka mampu untuk menduduki peperiksaan dengan lebih tenang. Selain itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi ruang kepada para pelajar berkenaan membuat persediaan kendiri sebelum peperiksaan bermula.

“Persiapan kendiri bermaksud malakukan persiapan sendirian selepas penat belajar secara bersemuka walaupun TIDAK sampai 2 bulan pada tahun 2021”

Ketahuilah wahai ibu bapa calon SPM/ SVM 2020 sangat takut untuk menduduki peperiksaan ini. Walaupun kita melihat mereka seperti tiada perasaan untuk menduduki peperiksaan TETAPI sebenarnya didalam hati hanya ALLAH sahaja yang ketahui bertapa mereka gementar untuk menghadapi kenyataan bahawa mereka WAJIB menduduki peperiksaan itu setelah sesi persekolahan bersemuka SPM/ SVM 2020 tamat 9 Februari 2021

“Ketenangan yang diberikan kepada bakal calon SPM/ SVM 2020 mampu memberikan mereka kemudahan menjawab peperiksaan nanti”

Walaupun sesi persekolahan bersemuka SPM/ SVM 2020 tamat 9 Februari 2021, pihak Kementerian memberikan KEIZINAN kepada calon untuk tinggal di asrama sehingga tarikh peperiksaan SPM/ SVM dimulakan. Namun bagi calon yang berbangsa Cina, mereka DIBENARKAN pulang ke kampung halaman bagi menyambut Tahun Baharu Cina bersama ahli keluarga mereka selepas 9 februari 2021. 

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi


Sesi Persekolahan Bersemuka SPM/ SVM 2020 Tamat 9 Februari 2021


Kebenaran untuk pulang ke kampung halaman dibenarkan untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina TETAPI kebenaran tertakluk kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuat kuasa.

Kini anda sudah ketahui bahawa Sesi Persekolahan Bersemuka SPM/ SVM 2020 Tamat 9 Februari 2021?

Syarat Pulang Ke Asrama Bagi Calon yang Tinggal Di Asrama

1) Calon yang mahu menyambut perayaan Tahun Baharu Cina DIBENARKAN pulang

Kebenaraan untuk pulang WAJIB mematuhi segala Standard Operation Practice (SOP) yang disediakan oleh pihak Majlis Keselamatan Malaysia (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Salah satu SOP yang perlu dipatuhi bagi mereka yang mahu merentas Negeri bagi anak yang tinggal di asrama yang jauh adalah seperti berikut:-

Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Sesi Persekolahan Bersemuka SPM/ SVM 2020 Tamat 9 Februari 2021

  • Ibu bapa pelajar perlu mengemukan surat permohonan untuk merentas Negeri bagi mengambil anak pulang ke rumah dari asrama
  • Ibu bapa WAJIB mendapatkan surat kebenaran dari sekolah sebagai BUKTI aktiviti merentas Negeri bertujuan untuk mengambil anak pulang dari asrama
  • Setelah itu, dapatkan pengesahan dari ibu pejabat polis yang berdekatan.

“Perayaan boleh disambut lagi pada tahun hadapan dengan keadaan yang lebih selesa TETAPI peluang untuk memastikan rantaian virus COVID -19 ini putus TIDAK akan datang berkali-kali”

2) Pelajar yang pulang ke kampung halaman akan di asingkan dengan pelajar lain selama 10 hari

Bagi menjaga keselamatan semua calon, mereka yang pulang ke rumah akan diasingkan selama 10 hari bagi memastikan mereka bebas dari virus COVID -19 ini. Ianya bertujuan bagi menjaga keselamatan pelajar yang kekal berada di asrama TANPA ingkar untuk pulang ke rumah.

Sekiranya pelajar di asingkan selama 10 hari, warden asrama WAJIB memastikan:-

  • Emosi pelajar tidak terganggu sepanjang mereka berada di kawasan asingan
  • Pastikan pelajar belajar walaupun mereka berada di kawasan yang berasingan dengan pelajar lain
  • ELAKKAN pelajar daripada mendapat gangguan luar yang boleh menggangu mereka fokus untuk menjawab soalan peperiksaan

Permohonan calon menumpang

Sekiranya mereka mahu kekal di rumah (bagi mereka yang tinggal di asrama) ibu bapa atau penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah selewat-lewatnya pada 9 Februari 2021 sekiranya mereka mahu menduduki peperiksaan sebagai calon menumpang di pusat peperiksaan berhampiran .

Hal ini bagi memudahkan urusan pentadbiran dalam persediaan peperiksaan ini. Sekiranya terdapat pelajar yang mahu kekal berada di rumah selepas pulang dari asrama, mereka WAJIB memberi tahu kepada pihak sekolah dan pihak sekolah akan memaklumkan perkara ini kepada Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri bagi tindakkan lanjut.

Tujuan sebenar pemberitahuan kepada pihak sekolah lebih awal agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh melakukan persediaan awal bagi melancarkan lagi urusan peperiksaan murid.

*** Pilihan Di tangan Calon itu sendiri ***

Andai diberi peluang untuk memilih sama ada masa hadapan dan keluarga apa yang akan menjadi pilihan anda?

*** Selamat Menjawab Peperiksaan SPM/ SVM 2020 bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan pertama pada 22 Februari 2021 ***

Tiada kejayaan tanpa kepayahan,
Indahnya kejayaan dengan usaha kepayahan,
Manisnya kejayaan bersama kesusahan,
Pengakhirannya pasti akan menjadi suatu kejayaan.

Rujukan:- 

1) https://www.moe.gov.my/

2) http://covid-19.moh.gov.my/faqsop/sop-perintah-kawalan-pergerakan-pkp

One thought on “Sesi Persekolahan Bersemuka SPM/ SVM 2020 Tamat 9 Februari 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *