Siapa yang mula dahulu

0
0

Siapa mula dulu? untuk kali ini kita sama-sama membuat sedikit analisis minda berkenaan tajuk ini. Mungkin kita jarang menganalisis berkaitan peristiwa yang selalu berlaku ini. Memulakan sesuatu merupakan perkara yang menarik bagi seseorang yang berminat dengan sesuatu kerja yang dilakukan dan ada juga yang tidak minat memulakannya. Namun demikian dalam tingkahlaku dan keputusan manusia ini ada juga yang jenis menunggu refleksi atau reaksi orang lain terlebih dahulu, barulah memulakan sesuatu.

Perbuatan menungggu reaksi orang lain adalah bercanggah dengan perangai sesetengah golongan yang proaktif apabila memulakan sesuatu. Budaya aktif memulakan sesuatu biasanya aktif dikalangan mereka dalam bidang pemasaran ataupun promosi. Mungkin anda tertanya golongan mana yang jenis yang menunggu ini? golongan menunggu ini biasanya mempunyai kepercayaan dan tujuan tersendiri.

Terdapat banyak cabang untuk dihuraikan tentang personaliti orang yang suka menunggu memulakan sesuatu ini. Salah satu ingin dibincangkan pada penulisan kali ini adalah kemungkinan untuk menduga perhubungan, menjaga nama baik ataupun malu atau tidak berani mengambil risiko. Mungkin pernah anda melalui situasi menunggu reaksi orang lain ini, sebagai contoh anda ingin memulakan perniagaan tetapi menunggu rakan anda terlebih dahulu memulakannya, ataupun apabila disekolah anda lari dari giliran supaya orang lain terlebih dahulu diduga oleh guru. Begitu juga dalam perhubungan sesama manusia dimana berlakunya peristiwa menunggu untuk memulakan sesuatu komunikasi. Sebagai contoh ada kalanya anda ingat kawan anda itu tetapi anda segan untuk menghantar ucapan sapaan. Oleh kerana malu itu anda menunggu kawan anda terlebih dahulu menghantarnya. Mungkin terjadi rakan anda pun berfikir seperti anda menyebabkan perhubungan tidak berlaku.

Pemikiran ini mempunyai kesan negatif tersendiri kerana perbuatan dan pemikiran menunggu ini menjadikan perhubungan dua hala boleh jadi tidak berlaku langsung. Jika ramai orang membina kepercayaan seperti disebutkan diatas ia boleh mengurangkan perhubungan mesra antara satu sama lain. Adalah baik jika kita memperbaiki diri dengan segera bertindak dan kurangkan kepercayaan dan tanggapan yang terburu-buru sebelum pasti dengan apa yang kita fikir itu.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :