Sifat personaliti peniaga

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Salam persahabatan xpresi semua..minggu ini kita akan selidik lagi tentang perlakuan manusia..kali ini kita bersama muhasabah jenis apa kita, kelemahan kita n kelebihan kita…Maksud saya kali ini kita akan bersama kenalpasti adakah tingkahlaku yang dinyatakan adalah sinonim dengan kita?Daripada maklumat yang diberikan buatlah analisa mengenai maklumat yang diberikan untuk menentukan yang manakah di antara karenah orang ramai yang paling sesuai dengan anda.
Jenis perniaga

Manusia kelompok perlakuan ini adalah jenis yang suka berterus terang, segala apa sahaja yang tidak puas hati akan mudah dizahirkan kepada individu lain. Dalam percakapan dan perbualan manusia ini lebih peramah. Manusia jenis ini juga adalah berkeyakinan dan berani tampil kehadapan, Ia juga menjadi perangsang kepada masyarakat persekitarannya. Pada kebiasaanya juga manusia jenis ini akan mempunyai bnyk kemahiran, berdaya pujuk, sanggup mengambil risiko dalam memulakan sesuatu dan yang paling penting jenis orang yang yakin pada diri sendiri. Setiap apa sahaja yang baru ia akan cepat mengambil peluang.

walaubagaimanapun, insan seperti ini mempunyai kelemahan tersendiri.. hal ini kerana insan ini akan bersifat menggertak dan sukar menjaga hati orang lain oleh kerana dirinya yang suka berterus terang..individu ini juga gemar menguasai kelompok atau individu lain. Ia juga merasakan dirinya hebat dan individu ini juga kerap gelisah, tidak sabar menghadapi sesuatu dan suka memaksa. oleh kerana individu ini berani dan pandai bermesra, individu jenis ini juga pandai memanipulasi orang lain. Setiap kelemahan orang lain cuba dimanfaatkan samaada untuk tujuan baik atau tidak..Dengan kata lain memperguna orang lain untuk kepentingan diri. Sifat yang suka mengawal juga merupakan kelemahan yag selalu dilakukan.

Insan seperti ini mempunyai perlakuan seperti seorang peniaga, lebih gemar membuat promosi dan meyakinkan orang lain. Insan jenis ini pula sukakan ideanya adalah sentiasa yang terbaik dan tidak gemar segala usahanya dikritik teruk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *