Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS Kementerian Pelajaran

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

SAPS

Sistem SAPS ini merupakan sistem yang agak baru diperkenalkan. SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online ) yang boleh dicapai oleh pihak tertentu seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan pusat data yang berpusat ini memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki.

Sistem ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah. SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR ( Actual Result ).

Guru kelas memainkan peranan dengan mengakses sisitem untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang diselianya. Guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah peperiksaan bagi setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Proses memasukan data nama pelajar oleh guru kelas hanya satu kali setahun ( sekira tiada perubahan ) Manakala guru matapelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan, diakhirnya guru kelas atau yang berkaitan boleh mendapatkan salinan analisis peperiksaan yang telah dijalankan.

Satu sistem yang bagus berpusat ” One stop center ” tetapi kelemahan dia, oleh kerana berpusat, jika terlalu ramai orang akses ia boleh berlaku kesesakan trafik.

Ramai pengguna SAPS mengadu kepada saya tentang masalah untuk memasukkan data serta karenah merumitkan. Diharap pengguna bersabar, semoga sistem baru ini dikaji serta diperbaiki lagi kearah meringankan beban guru yang semakin mencabar kini.

Laman web SAPS ini boleh dicapai melaluiย http://sapsnkra.moe.gov.my

Update 8 November 2017ย : Alamat web SAPS telah berubah kepadaย http://sapsnkra.moe.gov.my

 

 

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
42 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
CHOO SU SAN
CHOO SU SAN
Guest
1 year ago

SAYA SU PEPERIKSAAN SEK BBC7402 , BOLEKAH SAYA DAPATKAN NO HELPDESK SAPS ? KERANA SAYA TAK DAPAT LOG IN AKAUN SAYA WLP PASSWORD BETUL

Zafrul
Zafrul
Guest
3 years ago

Assalamu’alaikom.
Kenapa tak boleh di ekses apabila berada di luar negara?https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

rogayah
rogayah
Guest
6 years ago

Salam sejahtera. Bagaimana pihak SAP dapat membantu bagi masalah keputusan peperiksaan anak yang silap dikunci masuk ke dalam sistem. Telah menghubungi hotline tetapi tiada jawapan. Keputusan tersebut adalah keputusan percubaan SPM dan ini sedikit sebanyak menjejaskan peluang beliau bagi tawaran kemasukan menggunakan keputusan percubaan. Terimakasih sekiranya ada maklumbalas

guru pedalaman sabah
guru pedalaman sabah
Guest
7 years ago

payahlah nak masuk saps ni apa lagi yang kami dikawasan luar bandar rangkaian internit no 1 teruk kena tunggu sampai jam 1 pagi baru boleh buat kerja tak ada ke perancangan KPM nak naik tarafkan kesinambungan ict dikawasan pedalaman sabah bah kan bukan itu saja lain-lain tugasan online payah nak capai teruk sangat bagai manalah nak buat kerja tak buat kena tunjuk sebab apa yang terdaya hanyaitulah yang dibuat

Sulai
Sulai
Guest
7 years ago

Assalamualaikum Tuan, Saya nak survay berkenaan dengan anak yang mana umurnya sekarang ni 5 tahun. Boleh ke bantu saya dengan soalan berikut:
a).Bila saya boleh daftar untuk kemasukan darjah 1.
b).Macam mana nak daftar anak secara on line.

QStaff2
Editor
Reply to  Sulai
7 years ago

Waalaikumussalam, kemasukan darjah 1 boleh merujuk pada sekolah rendah berdekatan tempat tinggal tuan. Pendaftaran online rasanya tiada, walaubagaimanapun di setakat ini sesetengah negeri seperti selangor mempunyai sistem pendaftaran secara online bagi kemasukan murid darjah 1.

salina
salina
Guest
7 years ago

saya nak tanya kenapa sistem saps terlalu lama selenggara. ini merumitkan pihak sekolah yang hendak melaksanakan majlis anugerah cemerlang bagi tahun ini. terutama yang hendak melaksanakan hari anugerah pada 1 Nov 2012. harap dipercepatkan .
sekian terima kasih.

zah
zah
Guest
7 years ago

as salam. kenapa sehingga 27 nov saps asyik selenggara je. dari 25 nov lagi camni. camno nak key in marks kalau camni. dateline semakin hampir. harap para crew amik tindakan segera agar x manyusahkan kami para guru

Normala Hassan
Normala Hassan
Guest
8 years ago

salam,Saya guna nama saya dan pasword no ic,tp kenapa pergi ke guru SM Voksyenal di Kerian.Tak kan kami nama sama dan ic pun sama.Sila jelaskan.Saya malah boleh akses semua maklumat SM tu kalau mahu.Mcm mana ni.Pernah juga pergi ke SM dkt Pekan,Rompin Phg.Berapa ramai guru yg punya nama sama bt pun sama.Tp tak kan ic pun sama.Jgn kata saya salah tekan ic.Saya buat berulang2 kali sampai larut mlm.

chong
Guest
8 years ago

minta jasa crew saps sedia sistem saps yang diakses oleh su pep atau guru tingkatan untuk buat pembetulan jika ada kesilapan data murid
kerana sekaran ADPM tak masalah data murid tetapi saps pulak ada masalah tapi tidak boleh buat sebarang pembetulan. susahnya asyik kena telefon helpdesk tetapi asyik number busy saja

chong
Guest
8 years ago

Kenapa pelajar yang dipadam dalam senarai muris apdm dan saps masih ada dalam marksheet dan slip keputusan pelajar

pinky
pinky
Guest
8 years ago

salam,tuan knape sistem spas tu tak boleh nak semak kptusan spm 2011?yg ada cuma trial spm je

mahmod
mahmod
Guest
8 years ago

Salam tuan,

Ini berkaitan permohonan utk masuk form 1 MRSM secara on-line. Message sistem menghadapi masalah/sedang diselenggara

Cadangan saya kalau tak boleh cope dgn trafic atau server tak cukup storage atau apa-apa masalah lain, baik buat manual & tidak menyusahkan rakyat.

Wassalam

mohd zaidi bin said
Guest
8 years ago

salam Tuan borang kemasukan ke MRSM tingkatan satu 2012

mohd zaidi bin said
Guest
8 years ago

salam tuan saya menghadapi kesukaran untuk mencari borong permohonan kemasukan ke ting 1 2012 berbagai cara saya cuba tetapi gagal yg keluar mesti menggunakan versi 7 dan keatas setahu saya lap top saya menggunakan versi 7 juga tetapai gagal mengakses borang tersebut harap tolong tuan jelaskan

Nora_is
Nora_is
Guest
8 years ago

Bila waktu sesuai untuk elak masalah online SAPS ni??

shah
shah
Guest
8 years ago

Salam, kenapa SAPS tu offline sekarang? sy xdapat masuk pun..

Zue
Zue
Guest
8 years ago

salam..mmg saps sekarang Under Maintenance ker..asyik kluar tu je bila klik…tgh mlm,awal pg pun still sama..

alind70
alind70
Guest
8 years ago

lama lagi saps mengalami “site under maintenance”? Macamana nak key in markah cam ni….

Nor
Nor
Guest
8 years ago

Salam, bila tarikh tutup isi SAPS ni? knape selalu oflfine..

su
su
Guest
Reply to  fiziesss
8 years ago

saps tu untuk semua mata pelajaran ker atau yang teras jer

farid
farid
Guest
8 years ago

Banyak nya mahu dimasukkan.. cepat2..siapa lagi yg belum buat..

GPS
GPS
Guest
8 years ago

Alamak, tarikh tutup dah makin hampir..susah la macam ni.

intan zulaikha
Guest
8 years ago

npe lh x leh nk bukk minx2 lh bleh bukk !! amin..

Nurul Aziemah
Nurul Aziemah
Guest
Reply to  intan zulaikha
3 years ago

Ni Intan Zulaikha yang Sekolah Kebangsaan Pulai kan?

SUExam
SUExam
Guest
8 years ago

assalam. cuma nak bertanya…markah murid tahun1 2011 pun kena key in juga ke dalam saps sebab ada sekolah yg gb suruh key in juga????
satu lagi kenapa maklumat tentang saps ni lambat sampai ke utara sbb bila tanya kwn2 di selatan semua dah selesai key in, utara baru buat penjelasan tentang saps …teringin nak nail lrt

shahrul
shahrul
Guest
8 years ago

SU peperiksaan, aku tengok sistem SAPS tu dah semakin baik. Nampak selalu ada penambahbaikan. Terima kasih pada pasukannya.

SU Peperiksaan
Guest
9 years ago

slm semua, SAPS online ni memang aplikasi yang gagal mencapai objektifnya. Mereka yang bertanggungjawab membangunkannya dan menetapkan waktu pengisian markah merupakan golongan yang tidak tahu menghormati dan menghargai masa orang lain kerana seringkali apabila diakses, aplikasi ini gagal digunakan dengan sebaiknya. lebih menarik lagi terdapat pegawai JPN yang dipertanggungjawabkan memantau pelaksanaannya menyindir SU peperiksaan agar berhenti sahaja jika gagal melaksanakan tugas mengisi data dalam aplikasi SAPS online ini. Moga mereka yang terlibat meneliti dahulu aplikasi yang dibangunkan dan buat ujian rintis (cobaan) sehingga sistem ini benar-benar stabil. Janganlah hendaknya bak kata pepatah ‘gajah nak berak besar, kancil pun nak berak… Read more »

42
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x