Sistem E-Operasi KPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

E-Operasi adalah satu sistem secara online yang akan mengumpulkan maklumat data guru. Ini merupakan salah satu modul di dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) di bawah Pengurusan Guru yang juga dikenali sebagai e-operasi.

Modul ini telah dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini telah melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru).

Modul mempunyai sasaran utama kepada pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru).

Terdapat 2 Perincian dalam modul ini. Antaranya adalah :

Pengguna

Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini.

Pentadbir Sistem

Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja akan dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

Manual Penggunaan e Operasi Guru

Manual penggunaan e Operasi ini sebenarnya sangat mudah. Ianya boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Interface, pendaftaran eOperasi, Log Masuk, Lupa kata laluan dan tukar kata laluan.

Anda boleh melayari e-operasi modul maklumat data guru ini terus ke sistem e-operasi dalam talian ini.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan.

  1. Layari laman web e-operasi.
  2. Masukkan login id dan kata laluan anda.

Pastikan anda mendapatkan Manual Penggunaan Web e-Operasi terlebih dahulu bagi memudahkan sebarang urusan anda dalam menggunakan e-operasi. Antara perkara yang akan anda dapati di dalam manual penggunaan web e-operasi tersebut adalah seperti berikut:

Interface eOperasi

Umumnya, e-operasi akan memaparkan bebrerapa maklumat penting terutamanya berkaitan pengumuman, log masuk, bantuan, paparam ralat, hak cipta dan juga penafian.

Sebarang maklumat terkini boleh pengguna dapatu di ruangan pengumuman danog masuk ke e-operasi dengan mengisi login ID, kata laluan, dan nombor kad pengenalan pengguma yang telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Paparan mesej ralat ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pengguna sekiranya butiran yang dimasukkan di Log Masuk tidak tepat. Manakala, bantuan yang disediakan di e-Operasi juga  adalah berkaitan dengan perkara seperti lupa kata laluan, tukar kata laluan, dan pendaftaran pengguna.

Pendaftaran Pengguna

Pastikan pengguma mengisi ruangan yang disediakan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang masalah ketika log masuk ke sistem. Pastikan juga kesemua butiran diisi denfan lengkap kerana ruangan ini sangat penting ketika untuk pengguna hendak menukar kata laluan.

Setelah lengkap diisi setiap butiran pada ruangan ini, pengguna kemudian boleh menekan butang SIMPAN untuk proses pendaftaran pula.

kata laluan eoperasi salah

Sekiranya terlupa kata laluan, pengguna boleh mendapatkan semula kata laluan tersebut dengan memilih pautan Lupa Kata Laluan yang berada di laman utama e-Operasi.

Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan. Seterusnya tekan butang HANTAR, kata laluan pengguna akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan.

tukar kata laluan e-operasi

Pengguna boleh menukar kata laluan dengan memilih pautan Tukar Kata Laluan yang berada di laman utama e-Operasi. Semua ruangan wajib diisi. Maklumat berkaitan soalan keselamatan sama seperti membuat pendaftaran pengguna.

masuk eoperasi

Setelah berjaya log masuk, terdapat paparan bagi nama dan No. kad pengenalan pengguna. Senarai menu akan disediakan di sebelah kiri. Pautan Muat Turun Manual Pengguna juga akan disediakan bagi memudahkan pengguna. Sekiranya terdapat maklumat tidak tepat, pengguna perlu memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk proses kemaskini maklumat.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *