Mungkin menarik untuk dikongsi ialah jangkaan dan penyataan yang dibuat oleh Menteri Pelajaran bekenaan Sistem Pendidikan Malaysia akan dirombak secara besar-besaran mengikut fasa-fasa bermula tahun depan 2013. Penyataan dibuat kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Dialog Nasional Pendidikan Negara Kementerian Pelajaran Malaysia tahun 2012 di Johor Baharu yang mana turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.
Perlaksanaan akan dibuat mengikut fasa dengan mendahulukan perkara-perkara yang boleh dilaksanakan tanpa melibatkan perkara yang besar berlaku. Idea pembaharuan juga diambil berdasarkan daripada pandangan melalui 15 siri dialog Nasional Pendidikan Negara Kementerian Pelajaran Malaysia yang melibatkan penyertaan lebih dari 10,000 peserta umum dan kakitangan pendidikan seluruh negara.
Jika menurut sumber, Menteri Pelajaran Malaysia juga berkata semua maklumat yang diperoleh sepanjang tempoh dialog akan dikumpul dan dinilai dalam proses menggubal laporan akhir sebelum dibentang ke kabinet akhir tahun ini.
Bagaimana perubahan yang dimaksudkan? Adakah lebih baik atau sebaliknya? Tetapi setiap perubahan pastinya akan mementingkan kebaikan dari sebelumnya. Adakah sistem yang baru mengurangkan lagi tekanan guru atau memberikan sentuhan perkara-perkara seperti keberkesanan pendidikan, kemenjadian pelajar, penempatan guru, pangkat dan gaji guru? Pastinya persolan yang dinyatakan menjadi topik hangat sejak zaman berzaman. Sama-sama kita nantikan pengumuman rombakan Sistem Pendidikan Malaysia ini.