Sistem Pengurusan IDentiti (IDMS) KPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Sistem Pengurusan IDentiti adalah satu sistem baru diperkenal KPM yang mempunyai fungsi seakan sama dengan SSO KPM sebelum ini telah di keluarkan untuk penggunaan semua guru dalam pendidikan. Sistem ini disambut baik bagi mengatasi masalah aplikasi-aplikasi KPM yang perlu dipusatkan kepada satu aplikasi sahaja bagi memudah dan menstruktur akses kepada setiap aplikasi KPM.

Pengenalan Sistem Pengurusan IDentiti (IDMS)

Sistem Pengurusan IDentiti (IDMS) akan menjadi repositori utama untuk menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu, bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam. Setiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk menentukan kebolehcapaian modul dalam sistem. Komponen ini ialah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang pada dasarnya akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi
kelayakan pengguna di setiap sistem.

Info Tambahan :  AI Generator: 5 Langkah Tutorial Buat Gambar Professional Kerja

Pengguna kali pertama

Bagi yang kali pertama menggunakan sitem ini, guru perlu membuat pendaftaran baru melalui online dengan mengikut cara yang ditunjukkan pada manual pengguna.

Sistem Pengurusan IDentiti (IDMS) KPM 1

Login Sistem Pengurusan IDentiti

Untuk akses kepada sistem ini, pengguna hanya perlu ke https://idme.moe.gov.my/

Penggunaan sistem seumpama ini sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan guru untuk mengakses banyak akaun berkaitan tanpa mempunyai banyak login ID menyebabkan kebarangkalian lupa kata laluan. Selain itu, alamat aplikasi juga tidak perlu banyak disimpan hingga menyukarkan akses jika tersilap alamat web atau kehilangan alamat web.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top