Sistem Permohonan Biasiswa MyBrainsc KPT 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bidang pengajian yang ditaja oleh Biasiswa MyBrainsc adalah bidang pengajian Fizik, Biologi, Kimia dan Matematik. Justeru itu, untuk melakukan permohonan biasiswa ini anda WAJIB ketahui syarat kelayakan permohonan biasiswa MyBrainsc KPT ini. Ianya bagi memudahkan urusan permohonan bagi mereka yang ingin memohon biasiswa ini.

Sistem Permohonan Biasiswa MyBrainsc KPT 2021

MyBrainsc

Penajaan permohonan biasiswa MyBrainsc KPT ini terbahagi kepada:-

1) Kedoktoran (Ph.D)

Bagi syarat kelayakan permohonan biasiswa Kedoktoran (Ph.D) adalah seperti:-

  • Calon adalah WARGANEGARA Malaysia
  • Berumur TIDAK MELEBIHI 35 tahun pada tarikh memohon
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat SEKURANG-KURANGNYA PNGK 3.65 ke atas atau kelas pertama
  • Calon TIDAK mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu

ATAU

  • Pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa MyBrainsc
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana secara penyelidikan penuh akan DIBERIKAN KEUTAMAAN
  • Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di uniersitu melalui portal permohonan. 
Info Tambahan :  FlySISWA 2023: Bantuan Penerbangan Pelajar Semenanjung-Borneo

2) Ijazah Sarjana

Bagi syarat kelayakan permohonan biasiswa Ijazah Sarjana adalah seperti:-

  • Calon adalah WARGANEGARA Malaysia
  • Berumur TIDAK MELEBIHI 28 tahun pada tarikh memohon
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat SEKURANG-KURANGNYA PNGK 3.65 ke atas atau kelas pertama
  • Calon TIDAK mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu ATAU
  • Pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa
  • Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan 

3) Ijazah Sarjana Muda

Bagi syarat kelayakan permohonan biasiswa Ijazah Sarjana Muda adalah seperti:-

  • Calon adalah WARGANEGARA Malaysia
  • Umur TIDAK MELEBIHI 21 tahun pada tarikh permohonan
  • Calon memperolehi SEKURANG-KURANGNYA PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma, skala 1800/2400 untuk semua ujian SAT, 40/45 daalam IB dan 4A dalam A Level
  • Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di semua IPT dan
  • Pelajar belum menerima sebarang biasiswa/ tajaan/ ikatan perjanjian dari mana-mana penaja

Cara memohon Biasiswa MyBrainsc KPT 2021

Cara melakukan permohonan biasiswa MyBrainsc KPT ini mudah sahaja. Hal ini disebabkan permohonan adalah menerusi atas talian. Justeru itu, mudah bagi calon untuk melakukan permohonan ini.

Antara cara permohonanya adalah:-

a) Laman Web Rasmi 
b) Klik menu LOG MASUK di atas dan mendaftar sebagai pengguna sistem 

Info Tambahan :  Cuti Sabatikal: Apa Itu dan 3 Cara Bagaimana

PERINGATAN!!!

Permohonan secara manual adalah TIDAK akan diproses oleh pihak KPT 2021

c) Pemohon WAJIB memastikan rancangan penyelidikan telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan Ph.D

d) Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu di scan dari dokumen asal dan disimpan dalam bentuk pdf. Setelah itu pemohon perlu upload di dalam sistem permohonan atas talian.

PERINGATAN!!!

Dokumen yang dimuat naik menerusi sistem kamera adalah TIDAK akan diterima oleh pihak MyBrainsc.

e) Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti:-

  •  Permohonan di peringkat Ijazah Sarjana Muda

    • Kad pengenalan pemohon (depan & belakang)
    • Gambar berukuran passport
    • Slip keputusan SPM
    • Transkrip penuh Asasi/ Matrikulasi/ STPM/ IB/ A level/ Diploma/ SAT
    • Surat tawaran universiti (jika ada)
    • Permohonan di peringkat
  • Ijazah Sarjana

    • Kad pengenalan pemohon (depan & belakang)
    • Gambar berukuran passport
    • Slip keputusan SPM
    • Transkrip penuh Ijazah Sarjana Muda
    • Surat tawaran Universiti (jika ada)
  • Permohonan Peringkat Ph.D

    • Kad pengenalan pemohon (depan & belakang)
    • Gambar berukuran passport
    • Slip keputusan SPM
    • Transkrip penuh Ijazah Sarjana Muda
    • Transkrip penuh Master
    • Rancangan penyelidikan
    • Surat tawaran Universiti (jika ada)

PERINGATAN!!!

Walaupun anda mempunyai kelayakan dalam syarat permohonan, tetapi setiap persetujuan keputusan adalah bergantung kepada panel temuduga yang dilantik.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu calon untuk menyambung pengajian memohon biasiswa yang ada ini. Diharapakan semua dapat manfaat di atas perkongsian ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *