Sistem Sahsiah Diri Murid SSDM 2.0 Online

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Sahsiah Murid pastinya perlu dipantau, SSDM 2.0 online atau Sistem Sahsiah Diri Murid diwujudkan khas untuk merekod kes salahlaku pelajar disekolah untuk kegunaan pemantauan guru dan pentadbir terhadapa sejarah kes salah laku untuk tindakan selanjutnya. Kadangkala kes yang dibuat oleh pelajar perlu dipantau kerana kemungkinan ia berulang dan berada pada tahap membimbangkan. Selain itu, melalui pemantauan bersistem ini mampu mengambarkan keberkesanan tindakan sebelumnya.

SSDM 2.0 online
SSDM 2.0 online

Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) berasaskan web bertujuan untuk merekod maklumat salahlaku disiplin murid di seluruh Malaysia dengan capaian yang mudah dan berkesan. SSDM dapat membantu dalam penyediaan maklumat yang efektif dan terkini di mana ianya secara langsung akan dapat membantu pengurusan di semua peringkat membuat perancangan bagi mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik dan berkesan.

SSDM terdiri daripada 4 tahap pengguna, iaitu:

  • Sekolah
  • Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
  • Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
  • Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)

Modul ini dapat melaksanakan beberapa tugas seperti:

  • Merekod kes-kes salahlaku murid
  • Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah
  • Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku
  • Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap

Sistem SSDM terbaru ini adalah edisi kemaskini sebelum ini melalui perubahan :

  • Penambahbaikan sistem lama.
  • Penyelarasan proses penentuan hukuman berdasarkan pekeliling.
  • Membantu pihak sekolah dalam pengurusan disiplin supaya lebih mantap dan sistematik.
  • Murid yang melakukan kesalahan disiplin tidak hanya dijatuhkan hukuman tetapi yang paling utama dibantu oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.
  • Proses kerja yang lebih teratur dan jelas antara guru-guru, GPK HEM, murid-murid dan penjaga.
  • Sebagai pangkalan data disiplin murid, memudahkan guru untuk membuat rujukan dan laporan.
Baca Juga :  Cara Semak Keputusan Peperiksaan Anak dan Kedudukan Kelas SAPS Ibu Bapa

Perubahan SSDM 2.0 termasuk :

  • Guru boleh log masuk untuk membuat laporan salahlaku disiplin.
  • Guru disiplin boleh log masuk untuk tujuan tindakan dan hukuman.
  • Guru Besar atau Pengetua pula akan membuat pengesahan tindakan dan hukuman.
  • Perekodan amalan baik dan sahsiah murid
  • Surat amaran boleh dijana melalui sistem, ini bermakna ia lebih mudah hanya print sahaja.

Bagaimana cara akses SSDM 2.0 Online

Untuk terus ke SSDM 2.0 anda boleh terus ke Lama web SSDM 2.0 ( Maklumat lanjut )

SSDM 2.0 online mempunyai ciri

Pemantauan dan pengawalan

Sistem yang dirangka membolehkan pemantauan tahap disiplin dan sahsiah pelajar, dari itu pihak sekolah boleh bersama membantu pelajar terutama yang bermasalah disiplin.

 

Pengkalan data

Segalanya lebih mudah apabila data diwujudkan, nama pelajar boleh dicari menggunakan nama atau no kad pengenalan untuk mengetahui sejarah disiplin dan sahsiah. Data lengkap juga boleh digunakan untuk mengetahui kaedah yang sesuai untuk bantuan.

Baca Juga :  Egtukar 2017 Jadual Tarikh Keputusan Permohonan

 

Mengutamakan amalan baik

Sistem mengutamakan amalan baik untuk meningkatkan sahsiah diri.

 

Kawalan sistem

Sebarang tindakan / hukuman dapat diselaraskan sejajar dengan arahan surat pekeliling iktisas serta peraturan-peraturan bagi mengelakkan masalah dari masyarakat. Kemudahan lain ia juga mempunyai fungsi cetakan surat amaran serta makluman tindakan dalam bentuk yang lebih kemas dan seragam.

 

Tahap-tahap sahsiah

Satu perkara yang unik dan menarik, SSDM ini mempunyai tahap sahsiah yang menggunakan sistem mata. Hal ini dapat membantu pelajar meningkatkan status sahsiah ke arah lebih baik sehingga sahsiah amat terpuji Status sahsiah adalah mengikut peringkat iaitu terpuji, amat baik, baik, perlukan perhatian, perlukan perhatian serius.

 

Kes khas

Mempunyai kebolehan mencatat kes khas iaitu hanya kes yang hanya untuk dilaporkan/ simpanan dan ianaya bukan untuk diambil tindakan / hukuman oleh pihak sekolah.

 

Lebih mesra pengguna

Sistem boleh diakses  dan lebih mudah difahami melalui paparan yang disediakan.

 

Mudah digunakan

Kebiasaanya laman web dibuat hanya sesuai dilayari oleh laptop atau komputer besar. Sistem kali ini lebih mesra pengguna dengan menggunakan kerangka laman web dan mobile.

 

Melibatkan semua pihak

Sistem yang ada mempunyai rangkaian meluas dan boleh diakses pihak berkepentingan dengan pendidikan, sama ada murid, penjaga, guru, pegawai –pegawai PPD, JPN dan KPM.

 

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here