Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Apa itu SBPA?

Dalam pembentangan belanjawan 2012, Perdana Menteri mengemukakan satu anjakan baru kepada Sistem Saraan Malaysia SSM kearah menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. Dalam belanjawan tersebut kerajaan akan merangka satu sistem baru yang menggantikan SSM iaitu SBPA. SBPA ini merupakan salah satu sistem kearah mentransformasi Perkhidmatan Awam supaya lebih berorientasikan prestasi.

Untuk SBPA ini akan lebih kepada sistem merit untuk kakitangan kerajaan iaitu setiap sumbangan dan kesungguhan menjalankan tugas diberikan kenaikan dan prestasi. Sistem ini juga dijangka akan menaikkan gaji maksimum setiap gred. Untuk kenaikan gaji tahunan pula ia dijangka akan menaiki kenaikan antara RM 80 sehingga RM 300 mengikut gred masing-masing.

Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Melalui SBPA ini juga akan lebih banyak mata gaji diwujudkan sehingga penjawat awam akan mendapat gaji maksimum lebih tinggi iaitu 37.7 peratus.. Jika dikira peratus ia adalah sekitar 7 – 13 % dari gaji masing-masing.

Walaubagaimanapun Sistem Saraan Baru SBPA ini masih belum dikeluarkan secara terperinci oleh kerajaan. Sama-samalah kita tunggu perinciannya, Ia dijangka akan dikeluarkan di penghujung tahun 2011 ataupun awal tahun 2012. Secara kesimpulanya, SBPA ini merupakan satu berita gembira kepada kakitangan kerajaan dan ianya pasti menggantikan Sistem Saraan Malaysia SSM yang digunapakai kini.

Update info 19/10/11 : Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan mula dihebahkan setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen. ( sumber JPA )

4 thoughts on “Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA

    1. Salam..maksud azmee dia hanya pentingkan kecemerlangan berbanding murid..pengabaian berkaitan kebajikan murid. Soal gitu termasuk pentingkan duit tu perlu di selesaikan antara dalaman dulu..sebab ia melibatkan kerjaya seseorang..mungkin berbincang bersama disekolah ataupun paling tidak mengadukan kepada PPD..boleh mencari alamat email ppd tempat azmee bertugas biasanya di laman web rasmi..tapi sebelum itu perlu mengenalpasti kebenaran kes serta mempunyai bukti yg cukup.. 🙂

Leave a Reply to azmee b abdillah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *