Sistem Sekolah Masih Tidak Berubah dan Menyeronokkan

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Satu persoalan yang timbul berkaitan sistem sekolah kini menjadi isu yang tidak pernah hilang dan selesai. Pengurusan baru berganti dan pergi, namun adakah ia masih ada atau tetap tidak berubah? Satu luahan dari Prof Muhammad Hussin, seorang Profesor Universiti awam mengenai komennya di media sosial berkaitan pandangan beliau terhadap sekolah mungkin menarik untuk kita amati dibawah :

Bagaimana Saya Melihat Pendidikan Di Malaysia

  1. Terlalu banyak mata pelajaran yang ingin dipaksakan untuk dipelajari oleh kanak-kanak dan remaja amat merosakkan.
  2. Inteligen disekolah hanyalah logik matematik. Inteligen lain tidak berfaedah.
  3. Dengan bilangan murid seramai 5.2 juta dan bilangan guru sekitar 419,900 nisbah guru murid adalah 1 : 12.5. Ini bermaksud seorang guru mengajar 12.5 murid. Namun dlm realiti bilangan murid di kelas adalah sekitar 40 orang. Kemana perginya guru-guru ini? Nisbah guru-murid di Malaysia adalah yang terbaik didunia. Namun bilangan murid dlm kelas adalah antara yang terburuk didunia. Bagaimana KPM menguruskan sumber manusia guru?
  4. Dalam tempoh 3 tahun 8 bulan menjelang 2020, Malaysia disasarkan menjadi negara maju. Namun sekolah satu sesi adalah impian semata-mata. Tanpa sekolah satu sesi, sistem persekolahan menjadi kelam kabut. Guru dan murid berkongsi bilik darjah. Sistem pengajaran dan pembelajaran menjadi berpusat. Kita tidak pernah mahu berubah.
  5. Sistem Naziran adalah merosakkan. Jemaah Nazir seharusnya dibubarkan. Nazir menjadi pemantau tanpa memahami budaya sekolah dan sistem pendidikan negara yang tidak menyokong pengajaran dan pembelajaran.
  6. Pergerakan guru dari satu kelas ke satu kelas melalui kawalan jadual pengajaran untuk mengajar adalah sistem paling lapuk dlm sejarah pendidikan dunia.
  7. Sekolah adalah “mini military camp”. Kita tidak bersedia untuk menjadikan sekolah sebagai entiti keluarga. Malah kita juga tidak bersedia utk membuang unifom sekolah.
  8. Guru melaksanakan beban yang tiada kaitan dengan proses pendidikan.
  9. Kita terlalu taksub dengan sistem pendidikan barat khususnya sistem di US dan UK. Finland menjadi negara paling berjaya di dunia dlm sistem pendidikan apabila melaksanakan sistem yang bertentangan dengan Sistem Pendidikan di US dan UK.
  10. Pegawai di KPM, JPN dan PPD adalah pembaziran sumber manusia yang nyata.
  11. Dasar KPM berubah-ubah macam fesyen tudung.
  12. Di Malaysia, datang ke sekolah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan murid.

Sumber : Muhammad Hussin

Untuk pengetahuan pembaca, penulisan ini ditulis pada Mac 2016. Walaupun ianya agak lama ditulis, adakah sehingga kini luahannya terhasil? Atau semakin baik dan berubah? Dan mungkin ada pendapat anda yang mungkin boleh membantu menambahbaik sistem pendidikan negara menjadi lebih mesra guru, ibu bapa dan pelajar. Dari kami semoga pendidikan negara lebih fokus demi menghasilkan masyarakat yang membina.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

5
Komen/ Pertanyaan Anda?

avatar
3 Comment threads
2 Thread replies
5 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
5 Comment authors
NaimFairuzLanZainiFairuz Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Naim
Guest
Naim

Ok je.. Tempat ak ok.. Begantung pd pengetua la..

Zaini
Guest
Zaini

Ada perubahan la sikit skrg ni, tapi masalah utama belum nampak sngat.

Fairuz
Guest
Fairuz

Makin tak faham, dengan prog mengarut. Guru perlu fokus mengajar. Arahan program di sekolah bukan shj dari sekolah, ppd dan jpn pun tolong tambah.

Lan
Guest
Lan

Ppd jpn pun kna ikut arahan n kna ada aktiviti/prog setahun.

Fairuz
Guest
Fairuz

Kot ye pun nak nampak buat keje, buat la prog utk cikgu di ppd/jpn..jgn la buat di sekolah n suruh cg buat.. Cuba fikir, kalau ppd n jpn suruh cikgu buat.. 3 pihak tambah kerja cikgu.. Pastu lepas siap program.. Ambil Gambar buat laporan.