Skim MySalam perlindungan untuk masyarakat Malaysia. Skim MySalam ini wujud sudah lama tetapi semakin kerap didengari di corong-corong radio kerana peningkatan kes COVID -19 dari sehari ke sehari. Bermula daripada single digit sehingga mencecah 4 angka dalam sehari. Dan kini rakyat Malaysia semakin banyak yang kehilangan pekerjaan disebabkan oleh banyak sektor yang lumpuh setelah Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) di istiharkan pada 18 Mac 2020. Justeru itu, pihak kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat yang terkesan akan masalah pandemik ini.
MySalam adalah salah satu skim yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Ianya bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta indidvidu rakyat Malaysia.
Skim mySalam perlindungan untuk Masyarakat ini merupakan salah satu batu loncatan buat kerajaan untuk mula menyediakan jenis-jenis perlindungan bagi melindungi mereka yang sangat memerlukan berdasarkan kemampuan kewangan semasa kerajaan. Ianya dianggap sebagai salah satu program kerajaan untuk memperbaiki keadaan kesihatan sosial rakyat Malaysia.
Skim MySalam Perlindungan Untuk Masyarakat
- Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Salah satu inisiatif yang telah kerajaan ambil adalah menyediakan skim MySalam kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang kini dikenali sebagai Bantuan Prihati Rakyat (BPR).
Golongan yang Layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) / Bantuan Prihatin Rakyat (BPR):-
a)Berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun
b)Individu bujung berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
c)Individu OKU berumur 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
“Tujuan penerima bantuan menerima skim ini secara automatik bagi membantu golongan yang kurang berpendapatan menerima perlindungan takaful secara percuma di atas bantuan kerajaan”
Manfaat yang bakal diterima oleh penerima BPR dalam skim MySalam ini adalah:-
- Pembayaran tunai RM8.000 dibayaran sekali gus apabila didiagnos salah satu daripada 45 jenis penyakit kritika
- Pendapatan gantian elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana Hospital kerajaan, Hospital Pengajar dan Hospital Angkatan Tentera
Cara Ketahui Kelayakan untuk mendapatkan Skim MySalam adalah dengan:-
- Penerima Skim ini akan menerima sistem pesanan ringkas (SMS) bermula 1 Mac 2019
- Sekiranya anda LAYAK menerima Skim ini tetapi tidak mendapatkan SMS, anda boleh menghantar email ke [email protected] ATAU
- Hubungi talian hotline mySalam 1-300-888-938 yang beroperasi 24 jam 7 hari seminggu bagi mendapatkan maklumat lanjut.
“Perlindungan ini diwujudkan KHAS buat golongan B40 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2019 dan peluasan perlindungan bermula pada 1 Januari 2020”
Adakah semua penerima BPR LAYAK mendapatkan Skim mySalam perlindungan untuk masyarakat ini?
Semua penerima bantuan layak mendapatkan skim mySalam KECUALI mereka yang berumur 65 tahun dan ke atas TIDAK LAYAK untuk mendapatkan skim mySalam ini.
“Bagi penerima BPR yang berumur 65 tahun dan ke atas, mereka secara automatik menyertai PeKa B40”
INFO TAMBAHAN!!
PeKa B40 merupakan skim pelindungan kesihatan untuk kumpulan B40 (PeKa B40). Ianya merupakan satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD)
“Bagi mereka yang berumur 40 tahun sehingga 65 tahun, anda MUNGKIN layak menerima manfaat daripada mySalam dan PeKa B40, walaubagaimana sekali pun ianya tetap tertakluk kepada terma dan syarat”
Syarat Pembayaran Hospitalisasi yang TIDAK DIBAYAR
Syarat Hospitalisasi harian tidak dibayar disebabkan oleh:-
- Bunuh Diri
- Peperangan atau sebarang tindakkan perang, samaada diistiharkan perang atau tidak
Ianya termasuk aktiviti jenayah atau pengganas, bertugas secarra aktif dallam mana-mana angkatan bersenjata, penglibatan langsung dalam mohok, rasuah dan kekacauan awam atau pemberontakkan - Melakukan, mencuba atau membangkitkan keganasan atau feloni atau sebarang pelanggaran undang-undang atau mengelak daripada di tangkap
- Ketagihan alkohol, pengambilan dadah haram, kemabukan penyakit kelamin dan seangkatan dengannya.
“Kehamilan, kelahiran (termasuk kelahiran anak secara pembedahhan), keguguran, pengguguran dan penjagaan serta pembedahan sebelum atau selepas kelahiranaedah pencegahan kehamilan kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan kdaksuburan, ketidakfungsian erektil dan ujian rawatan berkaitan mati pucuk atau pensterilan tidak akan ditangguh”
Kini pihak kerajaan telah berjaya menyediakan takaful kesihatan kepada semua rakyat yang tidak berkemampuan agar nasib mereka terbela. Walaupun kita lihat sedikit sahaja bantuan yang diberikan tetapi bagi mereka yang tidak berkemampuan, bantuan itu sangat besar buat mereka.
Rujukan:-
1) https://www.mysalam.com.my/b40/info/
2) https://www.pekab40.com.my/bm