Skim Pencen Di Sektor Awam Serta Faedahnya

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Skim pencen

Setelah bertahun berkhidmat di sektor kerajaan, pasti ramai yang mahu ketahui skim pencen di sektor Awam serta faedahnya yang tersedia bagi pesara kerajaan. Disini, kami akan berkongsi serba sedikit berkenaan dengan skim pencen di sektor awam yang telah pihak kerajaan sediakan bagi mereka yang sudah tamat perkhidmatan dengan pihak kerajaaan.

“Jasa anda tidak pernah akan pihak kerajaan abaikan walaupun anda sudah tamat perkhidmatan dengan pihak kerajaan”

Maksud pesara adalah suatu keadaan dimana anda sudah bertukar status daripada seorang penjawat awam kepada status berhenti bekerja sebagai penjawat awam. Status ini bertukar apabila anda sudah cukup tahun untuk menamatkan perkhidmatan dengan sektor awam, atau meninggal dunia atau disebabkan faktor yang tertentu.

Info Tambahan :  6 Kemahiran Hidup Powerful di Kampus Universiti

TAHUKAH ANDA!!!

Bagi mereka yang sudah mendapat pengesahan jawatan, anda akan diberikan pilihan sama ada untuk memilih skim persaraan KWSP atau skim persaraan di sektor awam.

Skim Pencen KWSP

Bagi ketahui cara menyemak no akaun KWSP boleh “KLIK DISINI”

Pembayaran sama seperti pekerja yang bekerja di dalam sektor swasta iaitu potongan gaji bulanan (sebanyak 11%) dan pihak majikan (Kerajaan) akan membayar caruman bagi majikan setiap bulan. Dan sistem skim persaraan KWSP ini tiada perbezaan dengan skim KWSP sektor swasta. Pemegang akaun KWSP boleh mengeluarkan duit mengikut usia yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Skim Pencen Di Sektor Awam serta Faedahnya

Sekiranya penjawat kerjaan memilih untuk mengambil skim persaraan di sektor awam maka secara automatik anda menolak skim persaraan KWSP. Dengan itu anda akan menerima Pemberian Taraf Berpencen (PTB) oleh pihak SPA/JPA.

TAHUKAH ANDA!!!

SPA merupakan satu badan yang menguruskan urusan yang melibatkan PTB bagi pengawai awam perseketuan dan pentadbiran setiausaha kerajaan (SUK) Negeri. Manakala, JPA pula menguruskan PTB bagi badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT)

Ketahui Jenis-jenis persaraan yang terdapat di sektor awam “KLIK DISINI”

Selepas anda bersara, pastinya anda mahu ketahui faedah yang bakal anda dapati sekiranya menjadi pesara kerajaan. Justeru itu, antara faedah bagi pesara di sektor kerajaan adalah:-

1) Ganjaran Perkhidmatan

“Ganjaran perkhidmatan bermaksud, pemberian ganjaran sekaligus kepada pegawai/ pekerja yang sudah menamatkan perkhidmatan mereka di sektor awam”

Formula pengiraan Ganjaran perkhidmatan adalah seperti berikut:-

Skim pencen

 

Info Tambahan :  YAE! 2023: Permohonan Keusahawanan Untuk Anak Seni

2) Pencen Perkhidmatan

“Pencen perkhidmatan adalah salah satu ganjaran yang berbentuk bayaran gaji secara bulanan sepanjang hayat. Ianya akan diberikan kepada mereka yang sudah tamat perkhidmatan”

PERINGATAN!!!
Bayaran bulanan ini mempunyai pengiraan yang tersendiri, justeru itu setiap pesara akan mendapatkan bayaran yang berbeza mengikut jawatan yang disandang dan tempoh masa bekerja di sektor awam. 

 

Pengiraan pencen perkhidmatan ini berbeza mengikut jawatan yang disandang dan gaji pokok terakhir yang pegawai perolehi. Sebagai contoh:

Skim Pencen Di Sektor Awam Serta Faedahnya 1

Skim Pencen Di Sektor Awam Serta Faedahnya 2

3) Award wang tunai gantian cuti rehat

Award wang gantian ini TIDAK diperolehi oleh semua kakitangan pesara kerajaan TETAPI sekiranya mereka mempunyai baki cuti rehat yang TIDAK MELEBIHI 150 hari sepanjang perkhimatan mereka. Maka mereka layak mendapatkan award wang tunai gantian cuti rehat.

“Award wang gantian cuti rehat akan dibayar berdasarkan cuti yang tidak digunakan sepanjang perkhimatan di sektor awam TETAPI TERHAD kepada 150 cuti rehat sahaja”

Cara pengiraan award wang tunai gantian cuti rehat adalah seperti berikut:-

Skim Pencen Di Sektor Awam Serta Faedahnya 3

4) Pencen Hilangupaya

Pencen hilangupaya ini merupakan faedah tambahan kepada seseorang anggota kerajaan yang dikehendaki bersara atas sebab-sebab kesihatan akibat daripada:-

  • Kecederaan yang dialami semasa menjalankan tugas-tugas rasmi
  • Penyakit yang dihadapinya kerana anggota tersebut telah terdedah kepada bahaya tertentu semasa menjalankan tugas-tugas rasminya atau
  • Kemalangan dalam perjalanan
    Dengan syarat kecederaan atau penyakit bukan disebabkan oleh kecuaian atau salahlaku anggota tetsebut

Sebagai rujukan ramai, kadar pembayaran pencen hilangupaya adalah mengikut darjah kecacatan. Kadar pembayaran pencen adalah seperti berikut:-

Skim Pencen Di Sektor Awam Serta Faedahnya 4

5) Pencen Tanggungan

“Pencen tanggungan merupakan suatu faedah persaraan tambahan yang diberikan kepada orang-orang tanggungan pesara atau anggota yang telah meninggal dunia”

Pencen tanggungan ini boleh ahli keluarga perolehi sekiranya anggota meninggal dunia akibat dari kecederaan yang dialami semasa menjalankan tugas-tugas rasmi atau penyakit yang dihadapi atau kemalangan dalam perjalanan dengan syarat:-

  • Anggota tersebut telah meninggal dunia di dalam salah satu keadaan yang dinyatakan di atas
  • Kematian pesara atau anggota tersebut telah berlaku dalam masa 7 tahun dari tarikh ia mula mengalami kecederaan atau menghidapi penyakit tersebut

“Sekiranya masih terdapat kemusykilan berkenaan dengan pencen tanggungan ini, ahli keluarga DISARANKAN untuk menghubungi terut pihak  Jabatan Pencen bagi mendapatkan keterangan lanjut”

Kehadiran Skim Persaraan Di Sektor Awam Serta Faedahnya bagi memastikan mereka yang bersara mempunyai wang untuk meneruskan hidup setelah tamat perkhidmatan mereka. Sesungguhnya, mereka yang berkerja disektor awam ini merupakan salah satu tulang belakang kerajaan bagi melestarikan kehidupan seluruh rakyat Malaysia pada masa kini. Faedah yang mereka perolehi adalah bersesuaian dengan khidmat yang mereka berikan dan sediakan kepada semua.

Rujukan:-
1) http://www.jpapencen.gov.my/pencen_terbitan.html
2) http://www.jpapencen.gov.my/skim_faedah_persaraan.html
3) http://www.jpapencen.gov.my/penerima_PT.html



2 thoughts on “Skim Pencen Di Sektor Awam Serta Faedahnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *