Skim Perkhidmatan Dengan Syarat Lantikan Sijil Matrikulasi KPM 2020

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Skim Perkhidmatan

Skim perkhidmatan dengan syarat lantikan Sijil Matrikulasi KPM 2020 adalah lebih mudah daripada biasa. Hal ini disebabkan, setiap permohonan perkhidmatan akan mempunyai syarat kelayakan dan permohonan buat kali ini adalah permohonan atau lantikan menerusi Sijil Matrikulasi KPM 2020. 

TAHUKAH ANDA!!!

Kerajaan telah bersetuju supaya pelajar lulusan Program Matrikulasi KPM yang dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM diberi peluang untuk memohon berkhidmat dalam Persekutuan Awam. Peringkat Perkhidmatan Awam ditetapkan pada Gred 29 dalam 39 Skim Perkhidmatan berkaitan.

“Surat Perkeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai JANUARI 2017”

Skim Perkhidmatan Dengan Syarat Lantikan Sijil Matrikulasi KPM 2020

 

Antara Skim Perkhidmatan Dengan Syarat Lantikan Sijil Matrikulasi KPM 2020 adalah seperti berikut:-

  • Artis Budaya
  • Jurufotografi
  • Penerbit Rancangan
  • Ahli Muzik
  • Pegawai Kebudayaan
  • Pereka
  • Penolong Pegawai Geosains
  • Penolong Pegawai Meteorologi
  • Penolong Pegawai Sains
  • Penolong Pegawai Makmal Filem
  • Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi
  • Penolong Pegawai Perangkaan
  • Penolong Pengurus Taman/ Ladang
  • Penolong Pegawai Keselamatan
  • Penolong Pegawai PertahanaN Awam
  • Penolong Penguasa Penjana
  • Penolong Pegawai Penguatkuasa
  • Penolong Penguasa Imigresen/ Peguasa Imigresen
  • Penolong Pegawai Pendaftaran/ Pegawai Pendaftaran
  • Jurubahasa
  • Penolong Pengurus Tadbir
  • Penolong Pegawai Penerbitan
  • Penolong Pegawai Peneylidik Sosial
  • Penolong Pengurus Asrama
  • Penghulu
  • Pembantu Tadbir Tanah/ Penolong Pentadbir Tanah
  • Penolong Pegawai Penyelidik
  • Penolong Pengurus Taman/ Ladang
  • Penolong Kurator
  • Penolong Pustakawan
  • Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
  • Penolong Pegawai Penerangan
  • Penolong Pegawai Belia dan Sukan
  • Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan
  • Penolong perancangan Bahasa
  • Penolog Pegawai Kesatria
  • Penolong Pegawai Antidadah
  • Wartawan
  • Penolong Penguasa Kastam
Info Tambahan :  4 Tips Power Untuk Skor Matematik SPM

Cara Permohonan Jawatan Skim Perkhidmatan Awam

Skim Perkhidmatan

Cara permohonan Jawatan Skim Perkhidmatan Awam adalah seperti:-

1) Pelajar lulusan Program Matrikulasi KPM yang dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang memenuhi kriteria berikut boleh membuat permohonan kekosongan jawatan.

Antara syarat permohonan kekosongan Jawatan Skim Perkhidmatan Awam adalah seperti:-

  • PNGK 2.00 dan ke atas
  • Lulus semua matapelajaran WAJIB
  • Permohonan tertakluk kepada dasar One- Step Lower

PERINGATAN!!!

Pemohonan setaraf Diploma TIDAK LAYAK memohon jawatan bertaraf PT3/ PMR/ SRP.

2) Hanya maklumat keputusan yang diterima daripada Bahagian Matrikulasi

Keputusan di Matrikulasi akan dipaparkan di sistem SPA 9secara automatik. Justeru itu, pemohon TIDAK perlu bersusah-susah untuk menaip semua keputusan yang diperoleh semasa di Matrikulasi. 

TAHUKAH ANDA!!!

Terkadang pelajar lepasan Matrikulasi BUKAN TIDAK mahu atau TIDAK LAYAK untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi tetapi terkadang disebabkan oleh kekangan hidup maka mereka memilih untuk bekerja. Justeru itu, peluang pekerjaan yang disediakan oleh pihak SPA 9 mampu membuat laluan kerjaya buat pelajar lepasan matrikulasi KPM.

3) Menu Maklumat Akademik : Sub Menu Sijil Matrikulasi

Maklumat keputusan akan dipaparkan di bahagian Akademik. Justeru itu, dengan hanya meletakkan no kad pengenalan sudah memadai untuk pihak SPA. Permohonan SPA 9 lagi mudah berbanding dengan permohonan SPA 8 kerana ianya automatik dipaparkan oleh pihak SPA. 

Info Tambahan :  Kerja Freelance 2023: Kelebihan, Cabaran, dan Cara Memulakan

4) Menu Jawatan Dimohon

Tab Diploma/ STPM/ STAM/ Matrikulasi bagi meletakkan dalam Jawatan yang dimohon. Menerusi menu Jawatan dimohon :-

  • Akan dipaparkan untuk permohonan jawatan bertaraf Diploma
  • Had maksimum jawatan yang dimohon adalah 15 SAHAJA 

Had maksimum jawatan yang dimohon adalah 15, dan calon perlu pastikan 15 jawatan yang dipohon itu merupakan jawatan yang sesuai untuk dipohon. ELAKKAN permohonan jawatan yang TIDAK LAYAK kerana ditakuti ianya akan membazir ruangan permohonan jawatan. Justeru itu, sangatlah DISARANKAN untuk pemohon baca dahulu syarat permohonan sebelum membuat permohonan jawatan.

Diharapakan segala perkongsian yang dikongsikan mampu memberi manfaat kepada semua. Pihak Skim Perkhidmatan Awam (SPA) tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk membuat permohonan kekosongan jawatan. Justeru itu, sangatlah DIALU-ALUKAN untuk pelajar lepasan Sijil Matrikulasi KPM untuk memohon jawatan yang masih ada.

Baca dahulu setiap satu syarat permohonan agar anda TIDAK terlepas peluang untuk menjadi salah satu ahli keluarga dalam sektor Perkhidmatan Awam. Jangan pernah lupa akan penyediaan Skim Perkhdimatan dengan Syarat Lantikan Sijil Matrikulasi KPM untuk memohon jawatan ini.

***SELAMAT MENCUBA MEMOHON KEKOSONGAN JAWATAN SKIM PERLANTIKAN PERKHIDMATAN AWAM (SPA) 2021***

JANGAN pernah menyerah untuk berjaya dan JANGAN pernah mengalah untuk menjadi seorang yang berkerjaya. Kejayaan TIDAK akan datang bergolek maka anda sendiri perlu berusaha untuk menrai kejayaan tersebut.

Rujukan :-

1) https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi

2) https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/sijil-matrikulasi-kementerian-pendidikan-malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top